Sunday, December 5, 2010

hi obat batuk...

Posted by alifah@along at 8:17 PM 0 juri yang cool..
entry kali ni, nak cerita pasal obat batuk...xtually, skrg ni, mmg musim org batuk agaknya ye...aku ke klinik ari tu, doctor pun kata camtu...mmg musim tengkujuh, musim org batuk+demam+selsema...dipendekkan cerita, aku pun dpt la jugak obat batuk sebotol sbb aku pun batuk...
ok..aku pun makan la ubat ni sampai habiss....tak jadi2..still batuk2...pastu, aku pun post la satu pertanyaan ubat batuk traditional dalam laman social Facebook...tanyala, kawan2 yg ada tips pasal ubat batuk traditional ni...banyak gak la respon kawan2 yg aku terima...ada yg masuk akal dan ada jugak yg tak masuk akal...

Wednesday, December 1, 2010

si budak berambut panjang...

Posted by alifah@along at 4:54 PM 9 juri yang cool..
oh, budak itu bukan saya okkay....mungkin 18 tahun lagi baru saya boleh buat rambut mcm tu (mata ke atas, tgn ke dada)...kalau tak potong dari sekarang le...
alkisahnya, mlm tadi p tgk RAPUNZEL...mak iiii, best siot...siot pun tak best mcm ni...mmg la kesah dia yg macam kita zaman kanak2 dulu...tp, ada la sedikit tambah2 dia...u oll kena tgk..serius...lepas tgk, terus koya nak rambut mcm dia...hehhehee...
dahla cerita tu ada seekor kuda yg mmg lawwwwwooookkkk ok !!!mmg ceria2 la weih...saper2 yg blh tgk wayang tu, cpt2 la serang....yg tak blh tgk (especially yg beranak kecil tu..), silalah beli DVD...cetak pun cetak la...ataupun download...hehhehe..
aku harap, lepas2 ni ada la plak cerita Cinderella, Snow White, Hansel & Gretel, Jack & dot dot dot , dan macam2 lah lagi...sesungguhnya, saya mmg support cerita2 dongeng macam ni...dulu, setiap sabtu pagi, akulah org yg bgn pagi2 nak tgk cerita2 ni kat tv2..korang pun mesti sama je...

*selepas balik wayang~~Rapunzel anim, Rapunzel anim, sila turunkan rambut anda...(sbb Anim je yg tak pergi tgk, ada kat rumah, rumah tingkat 9, blh la buat camtu)hahhaa...tp, setingkat rumah pun tak lepas....hahahhaa, pang!!

Sunday, November 28, 2010

KPLI dan Sg.Congkak..

Posted by alifah@along at 6:54 PM 0 juri yang cool..
cerita 13.11 yg lepas...tp baru nak tulis memandangkan saya mmg TAKDER MOOD ari ni nak buat kerja....ok pada 13.11 yg lepas, konon2, kami ni nak g mandi manda la...sebelum pergi, saya dan at-taufik telah ke exam kpli yg ntah berapa kali nak amik...kali ni amat berpuas hati sekali sbb tak studyyyy!!!! tak study tp blh jawab...hahahhahaa....saper tak leh jawab wei soalan ABC...hahahhaa...hentam sajelah...kali ni, kami taknak serius2...tak nak tunggu2 bila result nak kuar...(sebelum ni, takleh tido mlm kalau nak kuar result)...hahahha....kali ni, nak buat sempoi la...kalau ada rezeki, IsyaAllah...yg switnya, cik wawa siap teman lagi kami nk g exam ari tu...mcm mak2 kita yg teman kita g awal2 sekolah darjah satu dulu..hehehhehe..thanks buddy!!
sebelum ke tempat exam...
at-taufik janji dgn kami, kul 7.45 pagi nak sampai rumah dah...tp, kul 8.15 baru sampai...alahai...exam pukul 9...sampai je kat umah, as usual, kalau nk cepat2 ni, dia mtk tlg aku la bwk keta dia...

saya adalah org paling marah hari ini...

Posted by alifah@along at 6:22 PM 5 juri yang cool..
bila saya marah,
kadang-kadang saya akan bersabar...
kadang-kadang saya akan berfikir apa sebabnya...
kadang-kadang saya akan ingat akan kesusahan org yg mungkin lagi susah...
kadang-kadang saya akan marah direct kepada org itu/benda itu (wpun itu adalah benda yg tak paham apa2)..
kadang-kadang saya akan maki...
kadang-kadang saya akan memberontak...
tp, kalau dah level paling tinggi ialah air mata saya akan mengalir...

tetapi saya ada kekurangan dalam bab marah ini, kerana saya susah nak marah...mungkin ianya ada di level 1


*w/bagaimanapun, level marah arini sebab kesesakan jalan raya hari ni = level paling tinggi...

lagu lama...

Posted by alifah@along at 6:08 PM 3 juri yang cool..
lagu lama, adakah saya seorg perempuan tua...oh noooo....tp, saya suka akan antonasi (ewah!) lagu lama ini...walaupun lagu lama...tp, suara dan susunan muziknya amat lumayan...makcik salamiah nyer suara ni ada getah la...hehhehee....actually, mula minat dgn lagu ini selepas menonton satu cerita drama kat Astro Prima ni...
selepas berjaya mendownload lagu ini, rasa nk dgr sampai sejuta kali...hehehhee....tp lirik nya mmg pilu sekali ya...

Gelombang by Salamiah Hassan

Nasibku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas di pantai
Semalam aku ternoda

Dalam sinar cahaya di jendela
Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Sinar hidup ini tiada erti

Hidupku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segala
Perasaan dan harapan
Untuk hari esok tiada lagi

Oh Tuhanku
KepadaMu ku pohon ampun doa restu
Lindungilah daku yang tidak berdaya
Di bumiMu ini

*tima kasih la kepada cik wawa yg bgtau nama lagu ni...
**kesian la org2 sekeliling aku kat ofis ni, sbb aku duk putar lagu ni je... naik muntah la...

Wednesday, November 3, 2010

touching siot...

Posted by alifah@along at 6:22 PM 5 juri yang cool..
...lama dah aku rasa tak menangis...tp, bila baca story ni, tetiba je nangis...huhuhuhuu....aku terbaca dlm FB td...citer ni, aku just nak share la dgn korang la....

copy n paste..

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

sedih kan??serius sedih....
aku harap, takder la dikalangan kita berperangai sebegitu terhadap anak2 kelak...ok!!!


          hi, nama saya Damia!! comel tak saya...saya anak sedara Kak Alifah tau..
(sekadar hiasan)
     hi, nama saya plak Dhia !! ..saya plak adik Kak Alifah tau..saya minat abg Ipin...
(sekadar hiasan)

Thursday, October 14, 2010

Posted by alifah@along at 2:16 AM 0 juri yang cool..

Wednesday, October 6, 2010

ada EMAS dlm kerepek??

Posted by alifah@along at 8:36 PM 5 juri yang cool..
rajin plak tulis blog hari ni..hahhahaa...alang2 boss saya ketiadaan di ofis...ambil peluang tulis blog la...hehhehe..sambil2 menikmati kerepek sambil buat kerja...

kerepek yang di beli masa pergi ayer hitam ari tu...nama kerepek ini ialah kerepek ubi blackpepper...sedap woooo...

ralik2 tgh makan...nah!!
ni  rupanya rahsia kesedapan kerepek itu...seketul batu keemasan..amik kau!!
korang pernah tak mengalami apa yg aku rasa??maksud aku, jumpa batu emas dlm kerepek??hahahaha...masa jumpa, aku pelik dgn color dan texture batu ni...emas ke??hahahhaa...berangan..
rupa-rupanya, inilah dia perasa kerepek itu...hehehhehe...ku ingat EMAS tadi...

berapa kali nk beratur daaaaa...

Posted by alifah@along at 7:52 PM 3 juri yang cool..
alkisahnya, mlm td...selepas membaca al-blog pn.noma berkenaan dgn cerita baru di panggung ini..eat.pray.love sungguh tertarik kau mmg da boom, julia robert katakan...saya dgn penuh semangat, terus call cik wawa, cik anim...membuat appoinment sama di0rg..nak g tgk mlm td jugak...kebetulan, tiket plak murah..rabu kan...(jimat...)hehehhee....selepas dipersetujui oleh kwn2 ni, so, aku cuba la menggodek internet yg diberi percuma oleh ofis aku ni...hampeh...kena blok..aku cuba dptkan number phone..cuba booked, tp ntahapantah, tak boleh...iskkkk2....letey...
pastu, nak pendek cite, aku cuba ajak 2 org lagi kwn aku, si shiluk and farah fathma..diorg pun nak join aku tgk citer ni...janji-janjian, kul 7.50, farah sampai dulu and cuba cari tiket...allamak, penuh beb...release utk reservation jam 8.30...tunggu punya tunggu, beratur dah 3 kali...sampai kali ke3, reservation seat dibuka...huhuhuu....tapi, mmg tak der rezeki kami, seat ada utk 5 tp berterabur...aku buat call utk mintak persetujuan, diorg on...pastu, bila nak beli, kakak tu kata, dah ada 3....uwwwaaaaaa!!!! frust....3 kali beb kami beratur...hampeh!!kenapa la diorg tak bukak byk panggung utk citer ni weiiii......
pastu, kami pun discuss2...next movie sasaran kami, Charlie st. Cloud...huhuuhh...mujur ada cik farah, yg buat muka tak malu pergi tanya pasal citer ni kat staff GSC tu..hehhehhe...bila dah confirm ok n nak beli, lagi skali aku beratur...kali 4 dah beratur...hahhahaha.....kalau la lantai kat situ blh bercakap, dah lama dah aku kena sound...berapa kali nk beratur daaaaa...ayoyo...hahhaa...at last, dptla tgk wayang mlm td..siap tanya tiket rabu depan utk eat.pray.love lagi...hahhahaha...belum bukak lagi cik kak oiiii....hahahhaha.....layan Charlie st. Cloud!!

Charlie St. Cloud (Zac Efron), a sailor, receives a sailing scholarship to Stanford University. Before his departure for college, Charlie promises his younger brother, Sam (Charlie Tahan), that they will play baseball together every day until he leaves. Later that night, Charlie and Sam get into a car accident with a Mack semi-trailer. Although a paramedic named Florio Ferrente (Ray Liotta) is able to revive Charlie, Sam dies in his brother's arms. At Sam's funeral, Charlie runs away into the woods where he meets with Sam's spirit after refusing to put the baseball glove in his coffin. Charlie plans to continue his promise to Sam by practicing baseball everyday at sunset.
Five years later, Charlie, who gave up his scholarship, is now caretaker at a cemetery. During a trip into town, Charlie visits the boat docks and meets Tess Carroll (Amanda Crew), a sailor who dreams of one day sailing around the world. The following day, Charlie runs into Florio Ferrente, the paramedic who saved his life. Ferrente questions Charlie if he ever wonders why he was saved and tells him there is a reason for his gift. Charlie returns to the cemetery and finds Tess wounded, with whom he develops a relationship. Meanwhile, Sam begins to feel that Charlie is forgetting him when Charlie arrives late for their game of catch. However, Tess follows Charlie as he explains to her that the more he is in her world, the less he can be in Sam's.
Later, Charlie discovers that Tess had gone missing while sailing through a storm a few days earlier, revealing that Charlie could see her just like he could Sam. However, while visiting with Sam, Charlie realizes that Tess is not dead and that there's still time to save her life. Along with his friend Alistair and Tess's coach, Charlie and the group take a boat to find Tess based on Charlie's instincts that he knows where she is. The following sunset, Charlie finally misses his game with Sam. As Charlie apologizes, Sam simply tells Charlie that he loves him and takes off as a shooting star to point out Tess' location. The group finds Tess' wrecked boat along with her lying on a rock. Charlie uses his body heat to keep themselves warm until they are eventually found.
Charlie and Tess are taken to the hospital where Alistair tells Charlie that Tess had hypothermia and that he saved her. Later, Charlie purchases an old boat and asks Tess if she would like to take a ride with him. However, Tess fears him explaining that she had been having vivid dreams about them together. Charlie tells Tess that her dreams are memories. Tess takes the chance and goes sailing with Charlie. (sumber by wikipedia)

Thursday, September 30, 2010

ada apa pada title??

Posted by alifah@along at 12:29 AM 1 juri yang cool..


tajuk tak bleh belah...actually, citer ni tak der la nak membangga atau nak menyindir saper2 ...tapi mmg realiti berlaku kat diri aku...


ceritanya bermula pagi tadi:

ada seseorg dari Bahagian lain datang mencari Cik Alifah (org ini sentiasa berhubung dgn aku bila dia hantar dokumen yg banyak), aku bagi nama la...dia ialah Mr. M...datang kat ofis aku dan dia terus meluru ke tempat aku...sebelum ini, dia tak pernah ke tempat duduk aku...pastu, dia terbaca title aku tu..pastu, dia dgn muka tak puas hati...then, bertanya kat aku,
"eh, cik Alifah ni, Penolong Pengarah ek?" soal Mr. M padaku...
aku pun jawab, "aah, kenapa?ingat saya ni apa?"..pastu, korang nak tau tak dia jawab apa??hehhehe..
"la..saya ingat Cik Alifah ni Pembantu Tadbir je selama ni?"...hahhahaha....aku senyum je..pastu dia sambung lagi
"tapi, bagusla Cik Alifah..merendah diri.."..
aku lagi lagi SENYUM ..dia tanya lagi....memang dia tak berapa puas hati...
" memang dari dulu ke Cik Alifah ni Penolong Pengarah??atau baru je??"
hehhehee....apakah aku ni tidak layak utk menjadi bossy??atau aku ni bukan Bossy orgnya??hehhehe
aku jawab " aah dari dulu lagi Mr.M...tapi biasala saya memang camni, tak der apapun.."hehhehe...
so, kesimpulannya di sini, saya mmg tak suka nak gembar gemburkan title yg bagi saya tak der apapun...kita semua manusia biasa...cuma, kadang2, bila kita jadi baik dgn org bawahan kita, kita kena pijak kepala...bagi saya, saya buat tugas saya...awak buat tugas awak...itu aja...kerja dalam TEAMWORK..itu pendirian saya!! tp, jgn plak bila disuruh, berdalih tak tentu pasal...ok!!

Monday, September 6, 2010

update secara LOMBOK!!

Posted by alifah@along at 9:22 PM 0 juri yang cool..
hehehhee....lombok jgn tak lombok....lombok, mengikut kamus kelantan-melayu bermaksud banyak, longgok, atau setompok...hahhahaa....setompok tu, bahasa melayu kan??ni la masalah aku...kadang2 tak tahu beza bahasa melayu dan bahasa kelantan...teruk sungguh...hahhahaa....well, nak buek camno weih...dah mmg bahaso bonda aku itu...hehhehee....

alahhhhh...tak yah byk ckp la ...ni, nak g tahu je, aku nak update entry bulan puasa tahun ni secara pukal gitu la....nak tunjuk gmbr2 yg best je la...actually, byk jugak la aku mkn kat hotel la, restaurant la, bulan puasa la...tp, ini je gmbr yg ada...nasib baik, satu pun tempat yg aku makan ni, tak der yg tidak disahkan TIDAK HALAL...hehhehe...belit2 ayat aku....pendek kata, semua HALAL la...insyaAllah...ye la, byk sungguh masuk berita, hotel2 dan restauran yg TIDAK HALAL...isk3, diorg ni pun....respect la skit agama kita ni....dah la bulan puasa, semua org main terjah je restauran mahal2 ni....
okla, mai sini nak tunjuk skit2 gmbr yg ada dlm kamera murahan ni...malu gak kadang2 nak bawak kuar kamera aku ni (bak kata kawan aku , wawa....org semua ada DSLR, malu eh nak "tunjuk" kamera kita...hehhehe) ...
minggu pertama...

minggu kedua...rajin skit...makan kat rumah lagi....(sebenarnya bukan masalah rajin jer, dah tak der org belanja berbuka, so, makan kat rumah je la...lagipun , aku suka masak apa....best wooo, mkn masakan kita masak....hhehehhee....pandai masak kan...hahhaha)



nota lutut**: eh..eh.., baru perasan aku, word restauran aku tu, macam pelik je....hahhahaa...campuran restaurant+restoran agaknya...bengong la language aku...hahhahaa....abaikan je la...janji org paham..hehhehe

nak ucap selamat hari raya gak la..

Posted by alifah@along at 8:47 PM 1 juri yang cool..
hehehhe...org sebuk buat design kad n letak dlm FB, aku pun sebuk jugak...tp, malu eh letak dlm FB...mcm poyo pun ada..hahhaha....so, kalau korg letak tu, aku anggap je mcm poyo...jgn mare ...hehhee...so, sbb teringin, aku letak dlm BLOG ni jela...hehhee...kurang la poyo skit...hahhaha..padahal lebih kurg sama la...

sila abaikan gmbr ini kalau menyakitkan mata anda..hahhaha...cubaan utk pakai tudung ala2 ct u....hahhaha..lagi skali poyoronos..

arini, dah selasa, esok confirm dah ramai yg cuti....bila dah cuti, sebuk la skit korg ek...nak baca blog aku ni, lagila tak baca punya..hehhehe...(macam la ramai sgt org baca blog ko Nur Alifah weiiiii)hehhee :) aku plak cuti khamis...rajin benor aku ni...yela, org yg makan gaji mcm aku ni, lebih2 lagi pekerja sambilan mcm aku ni, g kerja ada gaji, tak kerja takder gaji...org lain cuti seminggu lepas raya, aku pun nak cuti jugak...lantakla...gaji bulan 9 ni, gayanya mcm hampeh la wei...maklumla, burn hampir thousand beb....geram akuuuuu.....sedih kan? korg2 kena blanja aku la bulan 10 nanti...huhuuu....saper suruh cuti seminggu tu??padan muka aku....bulan 10 ni, mkn ikan bilis jela...huhuuuhu


eh, byk merepek plak aku ni....ni, bukan entry nak condem2 majikan aku ke luahan perasaan ke...sedih ke...huhuhuu...nak happy weih...nak raya kan...so, di kesempatan ini nak mengucapkan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin..
ye la kan, kot2 ada benda aku buat salah ngan korang ke...aku poyo ke, koya ke, atau apa2 entry aku yang lukakan hati ke..hahhaha...macam org frust becinta plak...hahhahaa...maaf ya kawan2...

selain tu, aku gak nak ingatkan diri sendiri dan korg2 yg balik kampung tu...bawakla keta molek2...jgn ingat jalan tu, mak bapak korg yg punya dahla...jgn duk main potong je...tgk signboard betul2...double line jgn duk main potong je...yg kat highway tu, jgn nak makan saman je...bwk ikut kelajuan yg ditetapkan...eceh3, mcm dato shaziman dah aku bg nasihat...tak lama dah , blh jadi menteri kerja raya la kut...hahhahha.....

one more (eceh3, speaking plak)...time raya jgn kerjanya duk makannnnn dan tgk tv je ye, tolong mak adik kakak aunty kat dapur tu jugak ya...hehhehee...utk kaum pempuan la ni...yg abg2 gantang tu, jgn duk kerjanya makannnnnn je ye, tolong kemas apa yg patut kat rumah tu ...kesian jugak kaum2 ibu je yg letih time raya...hehhehehe....(konon2 nak ingatkan ayah n adik aku la ni...macamla diorg baca blog aku ni..hahhaha)

ok guys...selamat hari raya!!! mesti next entry, citer pasal raya plak...hehhehe

Wednesday, August 18, 2010

Posted by alifah@along at 9:36 PM 0 juri yang cool..

perah otak skit...

Posted by alifah@along at 9:30 PM 0 juri yang cool..
ok...sebab bulan puasa ni kita tak kuar rehat, apakata kita cuba selesaikan satu kes ni...hehe..

Tuesday, August 3, 2010

..nak pergi KOREA..nak pergi KOREA..nak pergi KOREA...

Posted by alifah@along at 11:26 PM 0 juri yang cool..


nak pergi KOREA...please...nak pergi..please..


Spring
Spring lasts from late March to May and is warm. Various flowers, including the picturesque cherry blossom, cover the nation's mountains and fields during this time


Summer
Summer lasts from June to early September. It is a hot and humid time of the year.



Autumn
Autumn lasts from September to November, and produces mild weather. It is the best season to visit Korea.



Winter
Winter lasts from December to mid-March. It can be bitterly cold during this time due to the influx of cold Siberian air. Heavy snow in the northern and eastern parts of Korea makes for favorable skiing conditions.

sekarang ni, musim2 apa2 pun aku tak kira..hari ni promotion AIR ASIA..tgk2 dah tiket...pagi tadi murah lagi RM 255 pergi balik uuu...tp, hampeh punya website...tak dapt nak booked...naik sekejap je...dah jadi RM405...arghh...cari lagi...AIR ASIA...tolong..

saya nak paling g tmpt ni...huhuuhuuu
Namiseom Island:
The filming location of the infamous Korean drama, Winter Sonata. One will surely fall in love with its romantic half-moon shaped landscape and beautiful weather all-year round...



semoga saya berjaya menempah lokasi ini...insyaAllah...

Friday, July 16, 2010

Damailah kau di sana sahabatku Mohd Ramin B. Mohd Amin...

Posted by alifah@along at 12:42 AM 5 juri yang cool..
kronologi pemergian seorg insan bergelar sahabat..
ahad (11/07/2010 jam 11mlm) :
perkabaran berita kehilangan arwah..panggilan telefon dari encik Rohaidi (x boss arwah).
isnin (12/07/2010):
kehilangan masih menjadi persoalan...nurul, mak arwah dan ayah nurul ke India..
selasa (13/07/2010 jam 12.15 tghari):
kehilangan terjawab..yang tinggal hanya jasad kaku tidak bernyawa..
rabu (14/07/2010):
isteri arwah memaklumkan jenazah akan tiba pada khamis 15/07/2010 dan akan disemadikan di kampung halaman arwah..
khamis (15/07/2010):
jenazah tiba dengan selamat di KLIA cargo. teman-teman, sahabat handai memberi penghormatan terakhir kepada arwah..disemadikan dengan aman di tanah perkuburan kg. air hitam pantai...

walaupun tubuh kaku arwah tidak dapat dilihat oleh sesiapapun, kerana ia menjadi peraturan bahawa keranda arwah telah di paku sekemasnya oleh agen India, kami amat sayu sekali kerana hanya keranda berwarna hitam yg mampu kami ratap...

ku rasa baru smlm kita bertemu di KLIA
kini sudah berpisah buat selamanya
kami masih mendengar DIA ketawa
kami masih mendengar DIA bergurau senda
kami masih dengar lawak jenaka darinya
kami masih berbual mesra dengannya
kami masih duduk bersama2
kami masih makan bersama2

itu kenangan terakhir kami bersamanya
kenangan sebelum DIA pergi buat selamanya
dan akan kami kenang buat selamanya
wajahmu tidak akan kami lupa
akan trus tersemat dalam hati kami sampai bila2
kerana KAMU insan istimewa

perkabaran duka ini
kami terima dgn hati terbuka
kami redha YA ALLAH
NAMUN kami mohon padaMU YA ALLAH
tempatkanlah DIA di kalangan orang beriman dan beramal soleh

DIA,
kawan yg baik
dan kami mohon KAU berikan tempat yg terbaik untuknya di syurgaMU YA ALLAH

AMIN...

Monday, July 12, 2010

perginya seorg teman..~~

Posted by alifah@along at 10:10 PM 7 juri yang cool..
tak tahu nak mula dari mana....yg aku tahu, menulis dalam mode sedih...pemergian seorg teman baik, penceria hidup kami, suka bantu kami dlm kesusahan, suka blanja2 kami dll...pendek kata, he's everything for us...

"DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita pergi"
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun

Semoga diampunkan segala dosa-dosanya di dunia, dan semoga rohnya dicucuri rahmat agar tenang di sana hendaknya.
AMIN



last moment bersama arwah... 26/06/2010 Klia

Al-Fatihah Buat..
Mohd Ramin bin Mohd Amin
12/06/1982 - 13/07/2010

Sunday, May 16, 2010

..:: otanjoubi omedetou gozaimasu::..

Posted by alifah@along at 6:11 PM 7 juri yang cool..

happy birthday to me..
happy birthday to nur alifah...

owhhhh....sudah 28 umur ku...tua kah aku??atau masih sweet 28??hehehhee...apapun, cabaran hidup perlu diharungi sekentalnya, ewah!!tahun ni, aku agak terharu..kerana byk sekali ucapan melalui SMS/FB atau LIVE dari kawan2/sedara2 kepadaku...amat terharu sekali beb!!thanks to all!!
tahun ni, lebih bermakna lagi, tarikh 16mei menjadi tarikh pilihan kami utk gathering SMZ1...bertempat di Sunway PYramid, Subang..dengan ahli seramai lebih kurang 30 org...dengan jayanya...acara dimulakan dengan makan2+memanah+boling+karok2...perghhhhh....sungguh seronok walaupun mmg penat bangat...
tgh2 bergalok2..suprise cupcake dipersembahkan kepada hamba semasa dalam bilik karaoke yg VVIP tu...lagi rasa terharu...cupcake pertama khas utk saya!!hooreyyy!!!!merasa gak aku celebrate dgn cupcake yg cute+sedap tu...thanks again to all zainabian...

sweet tak cupcake ni??hehehhee..

semua ucapan dari sahabat2 diucapkan terima kasih...semoga rezeki umur 28 ini bertambah2 dan impian tercapai..aminnnnnnn...terima kasih ALLAH kerana masih memberi peluang kepadaku hidup dalam suka duka sepanjang 28 tahun ini...aku redha dan pasrah dgn dugaan serta cabaran selama 28 tahun ini...serta kebahagian yang engkau limpahi..amin ya rabbal alamin..

Wednesday, May 12, 2010

angan-angan tahun 1992 tercapai..yahoo!!

Posted by alifah@along at 8:42 PM 2 juri yang cool..

hehehhee...kembali di tahun 1992, masa tu, aku baru berusia 10 tahun...muda lagi uu....actually, kalau korang nak tahu, aku memang minat sangat2 game badminton ni...hehhehe...tak terkata minatnya...ada gak minat kat player badminton masa tu...hehehe...zaman tu, zaman anak2 sidek la...hero aku time tu, Rashid Sidek la...hahhahahah.....
dipendekkan cerita, 1992 lepas, 16 Mei tahun tu, ok...aku ingat lagi...sorg2 tgk Thomas Cup-FINAL...hehehhee..Malaysia menentang Indonesia...hahahha....aku sorang2 menjerit menyokong pasukan negara kita tu, ewah!!dahla, time tu, nak celebrate berday la sorg2 konon2..hehhehehe....masa tu, kemenangan Malaysia lah menjadi hadiah hariijadiku yg bermakna, ewah!!adakah ianya boleh berulah tahun ini??nantikan...aku, kalau menang ni...memang tak tau nak kata la...memang luck la 16 mei ni...hehehhe
ok, sebenarnya, time aku tgk game tu tahun 1992, aku memang ada satu cita2 dan impian...hehhehe...aku nak tgk LIVE game ni, suatu hari nanti....huhuuu....so, malam td, dgn berbekalkan semangat dan duit rm33 , wpun duduk di stand upper tier, aku blh dan saksi kan game ni secara LIVE...sila tepuk bahu saya...hehehheeh....memang debaran dia lain macam skit...hahahhaa....dahla dpt tgk LIVE ex-aku..hahhaha...RASHID SIDEK la....hahhahaa...giler minat kat abg RASHID ni dulu....minat tak semestinya kawin, ok!!hahahhaa......koya dah dia...koya dah...tp, mmg betul wei...tahap minat dia, sampai termimpi2 dalam tidur...kalau aku senyum sorg2 time tidur pun, aku tak tahu...hehehehe...so, skrg, dah settle satu impian masa kecikku...saya sungguh HAPPY...dah la menang weih...wpun, sgt tipis...saya patut bangga dgn mereka!!cayalah MALAYSIA!!

si pencerita bersama tiket

walau jauh, tapi puas hati beb..

Monday, May 3, 2010

kalau diberi peluang..

Posted by alifah@along at 12:15 AM 5 juri yang cool..
salam all..
aku nak skip dulu la pasal bandung hari kedua tu...
nak mengadu, merintih, merayu skit ni...
sesungguhnya aku rasa, aku dah bosan dgn profession diri aku skrg ni...bukan bosan nak jd QS, bukan bosan nak jadi Penolong Pengarah...tp, aku dah kira kategori fed-up dlm status sambilan aku kat ofis aku ni...nak harap org atasan tolong aku??lmbt lagi weih...ntah tunggu 20 tahun lagi pun belum tentu mereka serap aku ke jawatan tetap...
so, nak tak nak...aku cuba dan terus coba utk mencari keperluan diri ni, ewah!! bukan terlalu memilih...tetapi, hati ini perlukan kepuasan beb....
so, berbekalkan satu semangat baru (ntah la tetiba ianya muncul)...mungkin ini jalan sebenar hidup aku....kalau aku diberi peluang utk menggalas profession guru sebagai jalan hidup aku utk hari kelak, aku redha dan aku berhasrat ingin menjadi guru yg paling sporting+baik+mesra gitu+beragama....insyaallah..tetapi, adakah peluang itu akan muncul??nantikan keputusannya nanti...baru hantar borang kat universiti ni weih...
semasa aku isi borang ni, fakulti yg tawarkan guru DG41 ni, adalah Fakulti Permata Pintar Negara..aku tak tau apa2 pun pasal program ni...tp, tghhari td, masa aku hantar borang permohonan ni, ada sorg x-student yg memohon benda yg sama dgn aku ni, aku tanya dia pasal fakulti ni...katanya, program ni, adalah baru dan utk mengajar anak2 pintar nanti..wah!!ye ke??allamak...mampukah aku??apapun, kalau ada rezeki dan diberi peluang, insyaallah, aku akan menjadi tokoh guru nanti...korang nanti tgk la...hehhehehe...(awal2 dah koya)....tp, aku mmg seorg yg bermotivasi gak kadang2...ewah!! DOAKAN aku ya, kawan2...

Tuesday, April 27, 2010

gerak gerak BANDUNG (hari 1)

Posted by alifah@along at 7:01 PM 7 juri yang cool..
salam ALL....
seperti yg diketahui..23-26 april yg lepas, saya telah membawa diri ke suatu tempat yg ammmmmmat seronok utk menshoppingkan diri..ewah!! gerak-gerak khas BANDUNG ini disertai oleh 5 org bangsawan...aku, wawa, anim, ina and zaki...

(beg sebelah pergi=sorg satu...hehhehe)
kami kuar rumah ke station putrajaya sentral jam 7 pagi (giler awal..kalau pergi kerja, baru nak g mandi2/iron baju ni...hehhee)..kami park keta kat putrajaya sentral, amik KLIA transit, ke salak tinggi dan naik bus ke LCCT..disebabkan dah check in awal2 dari rumah, so, takder la kami berkejar2..breakfast jap..dlm kul 9, kami masuk...pastu, check2 kami nyer pasport, siap kena marah, sbb dah lambat..hehheee...aku ingatkan, ok jer time tu...sbb, baru jam 910 gitu la...berkejar2 la kami takut kena tinggal..hehhehe...tiba2 dgr announcement, flight delay...cesssss....so, tunggu punya tunggu...takla lama...dlm setgh jam gitu, kami pun diberkan masuk...kira2 bertolak jam 1005 dari LCCT..tiba jam 1115 waktu Bandung (1215 waktu mesia)...perjalanan memakan masa 2 jam je la..


(welcome to bandung, indonesia)

lepas dah check2 pasport, kami ber5, gerak2 mencari hotel/motel/hostel...1st2, kami ke Karmila hotel, penuh..next, Rumah Ebo pun penuh...pastu ke Patradissa Jln Wastu Kencana..nasib baik ada....perghhhhh...lega....lain kali, kalau nak pergi mmg kena book la weih...mmg ramai sgt rakyat mesia+jakarta turun ke Bandung ni kalau time cuti rupanya....x-tually, kami nak ke Moritz hotel...tp, mengikut pakcik teksi tu, tempatnya JELEK...so, kami tak berani la palk..dgn pempuannye 4 org, lelaki nya sorg....baik tak payah...kalau nak ikutkan, masa 1st time aku p sana 2 thn yg dulu, aku dah pernah duduk kat situ...mmg murah gilers hotel tu....pelancong mmg ramai kat situ...ada yg sewa samapai sebulan kat Moritz tu...bayangkan, dalam RM10 je satu malam...tp, sbb nak menjaga anak2 dara ni semua, kami pun tak jadi la ke sana...hehehhehe....duduk la kami kat hotel Patradissa tu...ambil bilik family room 375ribu utk satu hari (dlm RM137.250, kira ok la dari tidur kat masjid..hehhehe...nasib baik ada hotel ni...hehehhee...oh ya, lupa nak bg tahu kos teksi td...(airport~karmila~ebo~patradasissa=200 ribu utk dua teksi)..memang ketuk punya la...200 ribu=RM73.20...so, RM 36.60 la utk 1 teksi...

signboard hotel kami bersama modelnya...
lepas check in, solat jap...kami kuar la ke Jalan Merdeka utk acara makan-makan....makanan pertama kami di bandung mmg manisssssssss....manis dia lagi manis dr masakan kelantan weih..aku yg kelantanese ni pun tak tertelan...wawa lagi la tak tertelan...ayam goreng manis giler....hahahhaaa...band mknn indon di situ...hahhaha....





makanan pertama di restoran Baso Malang Karapitan, Jln Merdeka,Bandung ini dalam 245ribu = RM 89.67...utk 5 org...kira ok la...tp, mmg malang la...manisss..
lepas tu, kami ke kedai sebelahnya...hehehe...kedai ni, mcm ku kenal...sbb pernah ke situ dua thn lepas....kedai ni nama di Merdeka Factory Outlet....perghhhh....makin byk bajunya....hehhehhee...survey dulu beb...jalan2....aim apa yg nak...byk ni...byk...hehhehe...




(our first Factory Outlet)...masa ni, tak kehabisan duit lagi...hehhehe...cuci2 mata sahaja...

lepas tu, jalan2...byk gak jual CD/DVD...tp, agak mhl jugak disana dlm 8ribu=RM 2.90...lek lu..tak beli lagi...sbb nak g kota Kembang utk shopping DVD....hehehehe/....

DVD oh DVD....gilerssss.....
next destinasi, kami nak ke Grande Factory Outlet in Jalan Dago, Bandung...naik angkutan kota ,okay!! oh, i will survive!!

angkutan kota...kalau nak turun say KIRI..okay!!hehehhe...cukup murah..tambangnya, area 1500-2000 seorg ( dlm 55sen-75sen)...
sesampainya di Grande, perghhhh.....wawa dah kebas satu cardigan, hehhehe....cantik...pastu, kami dikejutkan oleh satu suara yg agak lama tidak kedengaran...hahhahaa....tu dia...jumpa kakak ni kat kota Bandung...oh kak ana, sudah lama tak jumpa, tp, jumpa2 di Kota Bandung..hehhehee...

aku, kak ana n wawa...
lepas tu, kami jalan2 la kat jalan dago ni....jalan kaki je tau..hehehhe...bengkak kaki2...





dah round2 sampai malam...perut dah lapar la plak...hehhehe....nak makan mana agaknya...janji jgn manisssss seperti td...hehehhe....kami pun deal la nak ke Simpang Raya...punya la naik angkutan kota...sampai akhirnya ke Restoran Simpang Raya....kalau korang nak tau, kat Bandung ni, ada 2 restoran Nasi Padang /Minang yg femes dan sedap gilers la...satunya Restoran Simpang Raya dan satu lagi Restoran Sederhana...ada byk branch dia kat Bandung ni...tp, restoran yang kami tuju ni, macam dah nak tutup...so, kami amik keputusan makan sunda la kat restoran sebelah...hehhehe...makan la kat situ...makan malam pertama kami dalam 325 ribu @ RM 117.48..huhuuu...boleh tahan mhl jugak la...tp, lantakla....duit byk lagi time ni...hahhaha....bawah, gmbr restorannya...namanya Bale Gazeebo, jln. Surapati..


setelah selesai makan...nak balik umah dah la...jom naik angkut lagi sekali...
kali ni, kami ckp, kami nak ke Jln Merdeka, sbb budget blh je jln kaki kalau nak ke hotel....pastu, ronda la kami naik angkutan ni...pastu, tiba2 dia kata, ok, kat sini ya Merdeka...kami rasa pelik sekali tempat ni...tgk2, rupanya hantar ke Merdeka apa ntah..lupa dah.. tak pernah plak kami sampai kat sini....disebabkan kami dah turun dan dah bayar 10ribu utk angkut tu, kami pun cuba cari jln pulang sendiri....oh ye, sebelum pulang, kami cari simkad indon la senang skit nak berkomunikasi dgn rakyat mesia..hahhaha...saya beli SIMPATI (ala2 maxis indon gitu la)..10ribu utk kad+11 ribu utk topupnya= 21 ribu la semuanya (rm 7.70 je)...pas dah beli tu, kami pun tanyala sipenjual kad tu, utk ke hotel kami...dalam 2 km kami jalan kaki, pastu, sampai la ke tempat yg ditujui...huuuhuu...dalam kul 1030 (1130 waktu mesia) kami sampai hotel...tidur krohhhhhhhhhhhhh......abis hari pertama....

Thursday, April 22, 2010

oh lelaki setia..sukar dicari...

Posted by alifah@along at 12:44 AM 5 juri yang cool..
oh makkk...tajuk tak menahan...x-tually, tajuk ni mmg boleh dijadikan iktibar la utk kaum pempuan lain termasuk aku yg masih single ni...hehhehee..promote diri nampak??

...mcm ni ceritanya...aku ada sorg kawan lelaki..aku bg nama lah..nama dia adam...sepanjang aku kenal adam, aku rasa dia mmg single...lagi satu, dia jenis baik dan tulus la kononnya(lepas ni, mmg aku tak percaya dah kat ko adam)...pastu, aku adalah sorg lagi kawan pempuan plak, nama dia mira la...

1 day, si Mira ni, ada satu masalah yang mmg memerlukan bantuan la...aku takyah citer la ek masalah dia...personal skit...Mira mengadu kat aku ttg masalah dia...kebetulan time tu, aku mmg tak bleh tlg dia, dan org yg mampu tlg dia, adalah seorg lelaki dan kebetulan kawan aku ni, si adam blh di bawak ke tengah dlm perkara ni...so, aku call la si adam, utk mtk tlg...setelah discuss2, adam pun sanggup la menolong si Mira...terima kasihla aku pada si Adam...

lepas pada tu, berjumpa la 2 insan ni, utk settlekan masalah Mira tu...nak dipendekkan cerita, selepas perjumpaan 2 insan ni, terjadilah bibit2 percintaan antara mereka, ewah!!si Adam ni la yg bersungguh2 nak tekel si Mira...pastu bercinta la....aku plak, jolok si Mira, dan cerita benda2 baik je pasal Adam..mmg betul weih, aku mmg nampak baik je si Adam ni...(ke, aku senang sgt puji org baik??)

tup2...lepas bebrapa lama bercinta, petang td, adalah seorg kawan aku ni nama dia Kaseh...tepon aku, dia kata dan menceritakan ttg si Adam yg nak kawin, bulan 6 ni...oh my god...terkejut beruk aku...kawin???si Mira ni buat suprise kat aku ke apa...pastu, aku tanya la Kaseh detail ttg perkara itu...selepas penceritaan itu, aku buat kesimpulan bahawa, Adam akan kawin dgn tunang dia dan org itu bukanlah Mira...perghhhhh...panasnya hati aku....naik darah aku nak marah weih..aduh...

lepas pada tu, aku nak buat apa skrg..??rasa bersalah sgt2 sbb mempromote kawan sendiri kpd seorg kawan....so???sekarang aku nak buat apa???marah kat Adam??cerita kat Mira??ohhhh tidak....aku buntu...ya Allah, bantulah kaum Hawa yang lemah itu kalau dia tahu keadaan sebenar....

javascript:void(0)

Wednesday, April 7, 2010

GAMAT sungguh....

Posted by alifah@along at 6:40 PM 0 juri yang cool..

hi guys..lama dah nak post entry pasal ni...GAMAT ni actually ialah sebuah teater anjuran CTRA Production dengan kerjasama Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM), Matic, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Istana Budaya (IB) diadakan dari 12 hingga 22 Mac yang lepas.Pementasan Gamat 2 ini melibatkan hampir 100 pelakon di mana turut menampilkan penyanyi terkenal tanah air seperti Ziana Zain, Amy Mastura dan Misha Omar. Ziana melakonkan watak Ketua Obor-Obor, Misha (Ketua Buntal) dan Amy sebagai Ibu Gamat.Gamat 2 ni sebenarnya merupakan kesinambungan Gamat musim pertama yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 3 hingga 12 Oktober 2009.yang ni pun aku tgk tau...Gamat 2 merupakan teater pertama di negara ini mengambil dasar lautan sebagai latar cerita.
Gamat 2 ialah teater yang mengisahkan kehidupan dalam laut seperti ketam, tapak sulaiman, kurita, obor-obor, barakuda, kuda laut, sotong, landak laut, umang-umang, todak dan gamat sendiri.ciut2 weih...
so, dgn berbekalkan sponsor tiket dari kak ros, pada 14.03 yg lepas, saya dan wawa pun ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) kat sebelah Saloma Bistro tu...huhuuh...nak citer sikit, kak ros ni ialah salah sorg kwn seofis i...anak dia ada pegang watak dlm teater Gamat ni sebenarnya..anak dia, namanya Mukhriz...Mukhriz memegang watak anak landak laut...kiranya, mak artis la dia ni...hehhehe..tak yah citer byk la...nak tunjuk bukti gmbr skit kat korg...huhuuu....gambar dengan artis la lagi gempak..hahha..poyo..

yang ni, the best actor la bagi aku...adik MAT (anak GAMAT)..pandai giler berlakon...aku rasa, dia blh top satu hari nanti...cerita pasal dia, mak ayah dia ni, penjual makanan kat pasar mlm kat shah alam..sanggup datang naik KOMUTER hari2 ke KL utk latihan GAMAT...salute dik..

wawa dengan kak ziana...saper tak kenal dia kan??hehhehe...mmg maintain body dia beb...

skuad buntal ...diketuai Misha Omar ..Specis Buntal yg pandai kecek Kelate..lawok la...

Mukhriz..anak kak ros...watak anak landak laut....sepanjang pementasan, asal dia tgk aku je, dia lambai2...hahhaa...aku lak rasa glem...hehhehe..Mukhriz..Mukhriz...nasib baik, Amy Mastura tak ajak aku naik stage...
Ok la, mai nak citer penuh selepas melihat teater ni...Kisahnya bermula dengan Ibu Gamat (Amy Mastura)dan Bapa Gamat yang mahu menolong Profesor membuat penyelidikan tentang gamat dan menyuruh anaknya Mat duduk di rumah. Mat yang tidak mahu mendengar nasihat ibu dan bapanya telah keluar berjalan-jalan dan bertemu dengan Ketam Bunga, Ketam Batu dan Tapak Sulaiman.Teater Muzikal Gamat 2 lagi lawak sebab ada Misha Omar yg memegang watak sebagai Ketua Buntal.kecek Kelate pulok tu...giler lawak...
pastu, si akibat kedegilannya itu juga, Mat telah ditangkap oleh sekumpulan Obor-Obor yang menyangkanya adalah ibu gamat.
Manakala di Karang Puaka, Kurita pula sedang menderita kesakitan akibat kesan toksid. Kurita telah meminta pertolongan dengan mengarahkan Obor-obor menangkap Ibu Gamat supaya dapat mengubati penyakitnya.
Ibu Gamat yang menyedari kehilangan anaknya telah berjumpa dengan Buntal (Polis Laut). Mereka berbincang dan berjumpa dengan Mahatahu (Belut Laut) yang memberi petunjuk kepada Ibu Gamat bagaimana untuk menemui anaknya.
Ketika dalam perjalanan mencari anaknya Mat, pelbagai peristiwa telah berlaku yang disaksikan oleh Ibu Gamat. Ini termasuklah banyak hidupan laut yang sakit akibat laut tercemar. Ibu Gamat yang prihatin telah mengubati mereka dengan menggunakan produk gamat ramuan Profesor Gamat.
Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan Obor-Obor telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka mengaku bersalah dan dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut. Mereka juga berjanji tidak akan mengganggu penghuni laut lagi.

keluarga GAMAT...

Sunday, December 5, 2010

hi obat batuk...

Posted by alifah@along at 8:17 PM 0 comments
entry kali ni, nak cerita pasal obat batuk...xtually, skrg ni, mmg musim org batuk agaknya ye...aku ke klinik ari tu, doctor pun kata camtu...mmg musim tengkujuh, musim org batuk+demam+selsema...dipendekkan cerita, aku pun dpt la jugak obat batuk sebotol sbb aku pun batuk...
ok..aku pun makan la ubat ni sampai habiss....tak jadi2..still batuk2...pastu, aku pun post la satu pertanyaan ubat batuk traditional dalam laman social Facebook...tanyala, kawan2 yg ada tips pasal ubat batuk traditional ni...banyak gak la respon kawan2 yg aku terima...ada yg masuk akal dan ada jugak yg tak masuk akal...
Continue Reading

Wednesday, December 1, 2010

si budak berambut panjang...

Posted by alifah@along at 4:54 PM 9 comments
oh, budak itu bukan saya okkay....mungkin 18 tahun lagi baru saya boleh buat rambut mcm tu (mata ke atas, tgn ke dada)...kalau tak potong dari sekarang le...
alkisahnya, mlm tadi p tgk RAPUNZEL...mak iiii, best siot...siot pun tak best mcm ni...mmg la kesah dia yg macam kita zaman kanak2 dulu...tp, ada la sedikit tambah2 dia...u oll kena tgk..serius...lepas tgk, terus koya nak rambut mcm dia...hehhehee...
dahla cerita tu ada seekor kuda yg mmg lawwwwwooookkkk ok !!!mmg ceria2 la weih...saper2 yg blh tgk wayang tu, cpt2 la serang....yg tak blh tgk (especially yg beranak kecil tu..), silalah beli DVD...cetak pun cetak la...ataupun download...hehhehe..
aku harap, lepas2 ni ada la plak cerita Cinderella, Snow White, Hansel & Gretel, Jack & dot dot dot , dan macam2 lah lagi...sesungguhnya, saya mmg support cerita2 dongeng macam ni...dulu, setiap sabtu pagi, akulah org yg bgn pagi2 nak tgk cerita2 ni kat tv2..korang pun mesti sama je...

*selepas balik wayang~~Rapunzel anim, Rapunzel anim, sila turunkan rambut anda...(sbb Anim je yg tak pergi tgk, ada kat rumah, rumah tingkat 9, blh la buat camtu)hahhaa...tp, setingkat rumah pun tak lepas....hahahhaa, pang!!
Continue Reading

Sunday, November 28, 2010

KPLI dan Sg.Congkak..

Posted by alifah@along at 6:54 PM 0 comments
cerita 13.11 yg lepas...tp baru nak tulis memandangkan saya mmg TAKDER MOOD ari ni nak buat kerja....ok pada 13.11 yg lepas, konon2, kami ni nak g mandi manda la...sebelum pergi, saya dan at-taufik telah ke exam kpli yg ntah berapa kali nak amik...kali ni amat berpuas hati sekali sbb tak studyyyy!!!! tak study tp blh jawab...hahahhahaa....saper tak leh jawab wei soalan ABC...hahahhaa...hentam sajelah...kali ni, kami taknak serius2...tak nak tunggu2 bila result nak kuar...(sebelum ni, takleh tido mlm kalau nak kuar result)...hahahha....kali ni, nak buat sempoi la...kalau ada rezeki, IsyaAllah...yg switnya, cik wawa siap teman lagi kami nk g exam ari tu...mcm mak2 kita yg teman kita g awal2 sekolah darjah satu dulu..hehehhehe..thanks buddy!!
sebelum ke tempat exam...
at-taufik janji dgn kami, kul 7.45 pagi nak sampai rumah dah...tp, kul 8.15 baru sampai...alahai...exam pukul 9...sampai je kat umah, as usual, kalau nk cepat2 ni, dia mtk tlg aku la bwk keta dia...
Continue Reading

saya adalah org paling marah hari ini...

Posted by alifah@along at 6:22 PM 5 comments
bila saya marah,
kadang-kadang saya akan bersabar...
kadang-kadang saya akan berfikir apa sebabnya...
kadang-kadang saya akan ingat akan kesusahan org yg mungkin lagi susah...
kadang-kadang saya akan marah direct kepada org itu/benda itu (wpun itu adalah benda yg tak paham apa2)..
kadang-kadang saya akan maki...
kadang-kadang saya akan memberontak...
tp, kalau dah level paling tinggi ialah air mata saya akan mengalir...

tetapi saya ada kekurangan dalam bab marah ini, kerana saya susah nak marah...mungkin ianya ada di level 1


*w/bagaimanapun, level marah arini sebab kesesakan jalan raya hari ni = level paling tinggi...
Continue Reading

lagu lama...

Posted by alifah@along at 6:08 PM 3 comments
lagu lama, adakah saya seorg perempuan tua...oh noooo....tp, saya suka akan antonasi (ewah!) lagu lama ini...walaupun lagu lama...tp, suara dan susunan muziknya amat lumayan...makcik salamiah nyer suara ni ada getah la...hehhehee....actually, mula minat dgn lagu ini selepas menonton satu cerita drama kat Astro Prima ni...
selepas berjaya mendownload lagu ini, rasa nk dgr sampai sejuta kali...hehehhee....tp lirik nya mmg pilu sekali ya...

Gelombang by Salamiah Hassan

Nasibku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas di pantai
Semalam aku ternoda

Dalam sinar cahaya di jendela
Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Sinar hidup ini tiada erti

Hidupku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segala
Perasaan dan harapan
Untuk hari esok tiada lagi

Oh Tuhanku
KepadaMu ku pohon ampun doa restu
Lindungilah daku yang tidak berdaya
Di bumiMu ini

*tima kasih la kepada cik wawa yg bgtau nama lagu ni...
**kesian la org2 sekeliling aku kat ofis ni, sbb aku duk putar lagu ni je... naik muntah la...
Continue Reading

Wednesday, November 3, 2010

touching siot...

Posted by alifah@along at 6:22 PM 5 comments
...lama dah aku rasa tak menangis...tp, bila baca story ni, tetiba je nangis...huhuhuhuu....aku terbaca dlm FB td...citer ni, aku just nak share la dgn korang la....

copy n paste..

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

sedih kan??serius sedih....
aku harap, takder la dikalangan kita berperangai sebegitu terhadap anak2 kelak...ok!!!


          hi, nama saya Damia!! comel tak saya...saya anak sedara Kak Alifah tau..
(sekadar hiasan)
     hi, nama saya plak Dhia !! ..saya plak adik Kak Alifah tau..saya minat abg Ipin...
(sekadar hiasan)
Continue Reading

Thursday, October 14, 2010

Posted by alifah@along at 2:16 AM 0 comments
Continue Reading

Wednesday, October 6, 2010

ada EMAS dlm kerepek??

Posted by alifah@along at 8:36 PM 5 comments
rajin plak tulis blog hari ni..hahhahaa...alang2 boss saya ketiadaan di ofis...ambil peluang tulis blog la...hehhehe..sambil2 menikmati kerepek sambil buat kerja...

kerepek yang di beli masa pergi ayer hitam ari tu...nama kerepek ini ialah kerepek ubi blackpepper...sedap woooo...

ralik2 tgh makan...nah!!
ni  rupanya rahsia kesedapan kerepek itu...seketul batu keemasan..amik kau!!
korang pernah tak mengalami apa yg aku rasa??maksud aku, jumpa batu emas dlm kerepek??hahahaha...masa jumpa, aku pelik dgn color dan texture batu ni...emas ke??hahahhaa...berangan..
rupa-rupanya, inilah dia perasa kerepek itu...hehehhehe...ku ingat EMAS tadi...
Continue Reading

berapa kali nk beratur daaaaa...

Posted by alifah@along at 7:52 PM 3 comments
alkisahnya, mlm td...selepas membaca al-blog pn.noma berkenaan dgn cerita baru di panggung ini..eat.pray.love sungguh tertarik kau mmg da boom, julia robert katakan...saya dgn penuh semangat, terus call cik wawa, cik anim...membuat appoinment sama di0rg..nak g tgk mlm td jugak...kebetulan, tiket plak murah..rabu kan...(jimat...)hehehhee....selepas dipersetujui oleh kwn2 ni, so, aku cuba la menggodek internet yg diberi percuma oleh ofis aku ni...hampeh...kena blok..aku cuba dptkan number phone..cuba booked, tp ntahapantah, tak boleh...iskkkk2....letey...
pastu, nak pendek cite, aku cuba ajak 2 org lagi kwn aku, si shiluk and farah fathma..diorg pun nak join aku tgk citer ni...janji-janjian, kul 7.50, farah sampai dulu and cuba cari tiket...allamak, penuh beb...release utk reservation jam 8.30...tunggu punya tunggu, beratur dah 3 kali...sampai kali ke3, reservation seat dibuka...huhuhuu....tapi, mmg tak der rezeki kami, seat ada utk 5 tp berterabur...aku buat call utk mintak persetujuan, diorg on...pastu, bila nak beli, kakak tu kata, dah ada 3....uwwwaaaaaa!!!! frust....3 kali beb kami beratur...hampeh!!kenapa la diorg tak bukak byk panggung utk citer ni weiiii......
pastu, kami pun discuss2...next movie sasaran kami, Charlie st. Cloud...huhuuhh...mujur ada cik farah, yg buat muka tak malu pergi tanya pasal citer ni kat staff GSC tu..hehhehhe...bila dah confirm ok n nak beli, lagi skali aku beratur...kali 4 dah beratur...hahhahaha.....kalau la lantai kat situ blh bercakap, dah lama dah aku kena sound...berapa kali nk beratur daaaaa...ayoyo...hahhaa...at last, dptla tgk wayang mlm td..siap tanya tiket rabu depan utk eat.pray.love lagi...hahhahaha...belum bukak lagi cik kak oiiii....hahahhaha.....layan Charlie st. Cloud!!

Charlie St. Cloud (Zac Efron), a sailor, receives a sailing scholarship to Stanford University. Before his departure for college, Charlie promises his younger brother, Sam (Charlie Tahan), that they will play baseball together every day until he leaves. Later that night, Charlie and Sam get into a car accident with a Mack semi-trailer. Although a paramedic named Florio Ferrente (Ray Liotta) is able to revive Charlie, Sam dies in his brother's arms. At Sam's funeral, Charlie runs away into the woods where he meets with Sam's spirit after refusing to put the baseball glove in his coffin. Charlie plans to continue his promise to Sam by practicing baseball everyday at sunset.
Five years later, Charlie, who gave up his scholarship, is now caretaker at a cemetery. During a trip into town, Charlie visits the boat docks and meets Tess Carroll (Amanda Crew), a sailor who dreams of one day sailing around the world. The following day, Charlie runs into Florio Ferrente, the paramedic who saved his life. Ferrente questions Charlie if he ever wonders why he was saved and tells him there is a reason for his gift. Charlie returns to the cemetery and finds Tess wounded, with whom he develops a relationship. Meanwhile, Sam begins to feel that Charlie is forgetting him when Charlie arrives late for their game of catch. However, Tess follows Charlie as he explains to her that the more he is in her world, the less he can be in Sam's.
Later, Charlie discovers that Tess had gone missing while sailing through a storm a few days earlier, revealing that Charlie could see her just like he could Sam. However, while visiting with Sam, Charlie realizes that Tess is not dead and that there's still time to save her life. Along with his friend Alistair and Tess's coach, Charlie and the group take a boat to find Tess based on Charlie's instincts that he knows where she is. The following sunset, Charlie finally misses his game with Sam. As Charlie apologizes, Sam simply tells Charlie that he loves him and takes off as a shooting star to point out Tess' location. The group finds Tess' wrecked boat along with her lying on a rock. Charlie uses his body heat to keep themselves warm until they are eventually found.
Charlie and Tess are taken to the hospital where Alistair tells Charlie that Tess had hypothermia and that he saved her. Later, Charlie purchases an old boat and asks Tess if she would like to take a ride with him. However, Tess fears him explaining that she had been having vivid dreams about them together. Charlie tells Tess that her dreams are memories. Tess takes the chance and goes sailing with Charlie. (sumber by wikipedia)
Continue Reading

Thursday, September 30, 2010

ada apa pada title??

Posted by alifah@along at 12:29 AM 1 comments


tajuk tak bleh belah...actually, citer ni tak der la nak membangga atau nak menyindir saper2 ...tapi mmg realiti berlaku kat diri aku...


ceritanya bermula pagi tadi:

ada seseorg dari Bahagian lain datang mencari Cik Alifah (org ini sentiasa berhubung dgn aku bila dia hantar dokumen yg banyak), aku bagi nama la...dia ialah Mr. M...datang kat ofis aku dan dia terus meluru ke tempat aku...sebelum ini, dia tak pernah ke tempat duduk aku...pastu, dia terbaca title aku tu..pastu, dia dgn muka tak puas hati...then, bertanya kat aku,
"eh, cik Alifah ni, Penolong Pengarah ek?" soal Mr. M padaku...
aku pun jawab, "aah, kenapa?ingat saya ni apa?"..pastu, korang nak tau tak dia jawab apa??hehhehe..
"la..saya ingat Cik Alifah ni Pembantu Tadbir je selama ni?"...hahhahaha....aku senyum je..pastu dia sambung lagi
"tapi, bagusla Cik Alifah..merendah diri.."..
aku lagi lagi SENYUM ..dia tanya lagi....memang dia tak berapa puas hati...
" memang dari dulu ke Cik Alifah ni Penolong Pengarah??atau baru je??"
hehhehee....apakah aku ni tidak layak utk menjadi bossy??atau aku ni bukan Bossy orgnya??hehhehe
aku jawab " aah dari dulu lagi Mr.M...tapi biasala saya memang camni, tak der apapun.."hehhehe...
so, kesimpulannya di sini, saya mmg tak suka nak gembar gemburkan title yg bagi saya tak der apapun...kita semua manusia biasa...cuma, kadang2, bila kita jadi baik dgn org bawahan kita, kita kena pijak kepala...bagi saya, saya buat tugas saya...awak buat tugas awak...itu aja...kerja dalam TEAMWORK..itu pendirian saya!! tp, jgn plak bila disuruh, berdalih tak tentu pasal...ok!!
Continue Reading

Monday, September 6, 2010

update secara LOMBOK!!

Posted by alifah@along at 9:22 PM 0 comments
hehehhee....lombok jgn tak lombok....lombok, mengikut kamus kelantan-melayu bermaksud banyak, longgok, atau setompok...hahhahaa....setompok tu, bahasa melayu kan??ni la masalah aku...kadang2 tak tahu beza bahasa melayu dan bahasa kelantan...teruk sungguh...hahhahaa....well, nak buek camno weih...dah mmg bahaso bonda aku itu...hehhehee....

alahhhhh...tak yah byk ckp la ...ni, nak g tahu je, aku nak update entry bulan puasa tahun ni secara pukal gitu la....nak tunjuk gmbr2 yg best je la...actually, byk jugak la aku mkn kat hotel la, restaurant la, bulan puasa la...tp, ini je gmbr yg ada...nasib baik, satu pun tempat yg aku makan ni, tak der yg tidak disahkan TIDAK HALAL...hehhehe...belit2 ayat aku....pendek kata, semua HALAL la...insyaAllah...ye la, byk sungguh masuk berita, hotel2 dan restauran yg TIDAK HALAL...isk3, diorg ni pun....respect la skit agama kita ni....dah la bulan puasa, semua org main terjah je restauran mahal2 ni....
okla, mai sini nak tunjuk skit2 gmbr yg ada dlm kamera murahan ni...malu gak kadang2 nak bawak kuar kamera aku ni (bak kata kawan aku , wawa....org semua ada DSLR, malu eh nak "tunjuk" kamera kita...hehhehe) ...
minggu pertama...

minggu kedua...rajin skit...makan kat rumah lagi....(sebenarnya bukan masalah rajin jer, dah tak der org belanja berbuka, so, makan kat rumah je la...lagipun , aku suka masak apa....best wooo, mkn masakan kita masak....hhehehhee....pandai masak kan...hahhaha)



nota lutut**: eh..eh.., baru perasan aku, word restauran aku tu, macam pelik je....hahhahaa...campuran restaurant+restoran agaknya...bengong la language aku...hahhahaa....abaikan je la...janji org paham..hehhehe
Continue Reading

nak ucap selamat hari raya gak la..

Posted by alifah@along at 8:47 PM 1 comments
hehehhe...org sebuk buat design kad n letak dlm FB, aku pun sebuk jugak...tp, malu eh letak dlm FB...mcm poyo pun ada..hahhaha....so, kalau korg letak tu, aku anggap je mcm poyo...jgn mare ...hehhee...so, sbb teringin, aku letak dlm BLOG ni jela...hehhee...kurang la poyo skit...hahhaha..padahal lebih kurg sama la...

sila abaikan gmbr ini kalau menyakitkan mata anda..hahhaha...cubaan utk pakai tudung ala2 ct u....hahhaha..lagi skali poyoronos..

arini, dah selasa, esok confirm dah ramai yg cuti....bila dah cuti, sebuk la skit korg ek...nak baca blog aku ni, lagila tak baca punya..hehhehe...(macam la ramai sgt org baca blog ko Nur Alifah weiiiii)hehhee :) aku plak cuti khamis...rajin benor aku ni...yela, org yg makan gaji mcm aku ni, lebih2 lagi pekerja sambilan mcm aku ni, g kerja ada gaji, tak kerja takder gaji...org lain cuti seminggu lepas raya, aku pun nak cuti jugak...lantakla...gaji bulan 9 ni, gayanya mcm hampeh la wei...maklumla, burn hampir thousand beb....geram akuuuuu.....sedih kan? korg2 kena blanja aku la bulan 10 nanti...huhuuu....saper suruh cuti seminggu tu??padan muka aku....bulan 10 ni, mkn ikan bilis jela...huhuuuhu


eh, byk merepek plak aku ni....ni, bukan entry nak condem2 majikan aku ke luahan perasaan ke...sedih ke...huhuhuu...nak happy weih...nak raya kan...so, di kesempatan ini nak mengucapkan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin..
ye la kan, kot2 ada benda aku buat salah ngan korang ke...aku poyo ke, koya ke, atau apa2 entry aku yang lukakan hati ke..hahhaha...macam org frust becinta plak...hahhahaa...maaf ya kawan2...

selain tu, aku gak nak ingatkan diri sendiri dan korg2 yg balik kampung tu...bawakla keta molek2...jgn ingat jalan tu, mak bapak korg yg punya dahla...jgn duk main potong je...tgk signboard betul2...double line jgn duk main potong je...yg kat highway tu, jgn nak makan saman je...bwk ikut kelajuan yg ditetapkan...eceh3, mcm dato shaziman dah aku bg nasihat...tak lama dah , blh jadi menteri kerja raya la kut...hahhahha.....

one more (eceh3, speaking plak)...time raya jgn kerjanya duk makannnnn dan tgk tv je ye, tolong mak adik kakak aunty kat dapur tu jugak ya...hehhehee...utk kaum pempuan la ni...yg abg2 gantang tu, jgn duk kerjanya makannnnnn je ye, tolong kemas apa yg patut kat rumah tu ...kesian jugak kaum2 ibu je yg letih time raya...hehhehehe....(konon2 nak ingatkan ayah n adik aku la ni...macamla diorg baca blog aku ni..hahhaha)

ok guys...selamat hari raya!!! mesti next entry, citer pasal raya plak...hehhehe
Continue Reading

Wednesday, August 18, 2010

Posted by alifah@along at 9:36 PM 0 comments
Continue Reading

perah otak skit...

Posted by alifah@along at 9:30 PM 0 comments
ok...sebab bulan puasa ni kita tak kuar rehat, apakata kita cuba selesaikan satu kes ni...hehe..
Continue Reading

Tuesday, August 3, 2010

..nak pergi KOREA..nak pergi KOREA..nak pergi KOREA...

Posted by alifah@along at 11:26 PM 0 comments


nak pergi KOREA...please...nak pergi..please..


Spring
Spring lasts from late March to May and is warm. Various flowers, including the picturesque cherry blossom, cover the nation's mountains and fields during this time


Summer
Summer lasts from June to early September. It is a hot and humid time of the year.



Autumn
Autumn lasts from September to November, and produces mild weather. It is the best season to visit Korea.



Winter
Winter lasts from December to mid-March. It can be bitterly cold during this time due to the influx of cold Siberian air. Heavy snow in the northern and eastern parts of Korea makes for favorable skiing conditions.

sekarang ni, musim2 apa2 pun aku tak kira..hari ni promotion AIR ASIA..tgk2 dah tiket...pagi tadi murah lagi RM 255 pergi balik uuu...tp, hampeh punya website...tak dapt nak booked...naik sekejap je...dah jadi RM405...arghh...cari lagi...AIR ASIA...tolong..

saya nak paling g tmpt ni...huhuuhuuu
Namiseom Island:
The filming location of the infamous Korean drama, Winter Sonata. One will surely fall in love with its romantic half-moon shaped landscape and beautiful weather all-year round...



semoga saya berjaya menempah lokasi ini...insyaAllah...
Continue Reading

Friday, July 16, 2010

Damailah kau di sana sahabatku Mohd Ramin B. Mohd Amin...

Posted by alifah@along at 12:42 AM 5 comments
kronologi pemergian seorg insan bergelar sahabat..
ahad (11/07/2010 jam 11mlm) :
perkabaran berita kehilangan arwah..panggilan telefon dari encik Rohaidi (x boss arwah).
isnin (12/07/2010):
kehilangan masih menjadi persoalan...nurul, mak arwah dan ayah nurul ke India..
selasa (13/07/2010 jam 12.15 tghari):
kehilangan terjawab..yang tinggal hanya jasad kaku tidak bernyawa..
rabu (14/07/2010):
isteri arwah memaklumkan jenazah akan tiba pada khamis 15/07/2010 dan akan disemadikan di kampung halaman arwah..
khamis (15/07/2010):
jenazah tiba dengan selamat di KLIA cargo. teman-teman, sahabat handai memberi penghormatan terakhir kepada arwah..disemadikan dengan aman di tanah perkuburan kg. air hitam pantai...

walaupun tubuh kaku arwah tidak dapat dilihat oleh sesiapapun, kerana ia menjadi peraturan bahawa keranda arwah telah di paku sekemasnya oleh agen India, kami amat sayu sekali kerana hanya keranda berwarna hitam yg mampu kami ratap...

ku rasa baru smlm kita bertemu di KLIA
kini sudah berpisah buat selamanya
kami masih mendengar DIA ketawa
kami masih mendengar DIA bergurau senda
kami masih dengar lawak jenaka darinya
kami masih berbual mesra dengannya
kami masih duduk bersama2
kami masih makan bersama2

itu kenangan terakhir kami bersamanya
kenangan sebelum DIA pergi buat selamanya
dan akan kami kenang buat selamanya
wajahmu tidak akan kami lupa
akan trus tersemat dalam hati kami sampai bila2
kerana KAMU insan istimewa

perkabaran duka ini
kami terima dgn hati terbuka
kami redha YA ALLAH
NAMUN kami mohon padaMU YA ALLAH
tempatkanlah DIA di kalangan orang beriman dan beramal soleh

DIA,
kawan yg baik
dan kami mohon KAU berikan tempat yg terbaik untuknya di syurgaMU YA ALLAH

AMIN...

Continue Reading

Monday, July 12, 2010

perginya seorg teman..~~

Posted by alifah@along at 10:10 PM 7 comments
tak tahu nak mula dari mana....yg aku tahu, menulis dalam mode sedih...pemergian seorg teman baik, penceria hidup kami, suka bantu kami dlm kesusahan, suka blanja2 kami dll...pendek kata, he's everything for us...

"DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita pergi"
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun

Semoga diampunkan segala dosa-dosanya di dunia, dan semoga rohnya dicucuri rahmat agar tenang di sana hendaknya.
AMIN



last moment bersama arwah... 26/06/2010 Klia

Al-Fatihah Buat..
Mohd Ramin bin Mohd Amin
12/06/1982 - 13/07/2010
Continue Reading

Sunday, May 16, 2010

..:: otanjoubi omedetou gozaimasu::..

Posted by alifah@along at 6:11 PM 7 comments

happy birthday to me..
happy birthday to nur alifah...

owhhhh....sudah 28 umur ku...tua kah aku??atau masih sweet 28??hehehhee...apapun, cabaran hidup perlu diharungi sekentalnya, ewah!!tahun ni, aku agak terharu..kerana byk sekali ucapan melalui SMS/FB atau LIVE dari kawan2/sedara2 kepadaku...amat terharu sekali beb!!thanks to all!!
tahun ni, lebih bermakna lagi, tarikh 16mei menjadi tarikh pilihan kami utk gathering SMZ1...bertempat di Sunway PYramid, Subang..dengan ahli seramai lebih kurang 30 org...dengan jayanya...acara dimulakan dengan makan2+memanah+boling+karok2...perghhhhh....sungguh seronok walaupun mmg penat bangat...
tgh2 bergalok2..suprise cupcake dipersembahkan kepada hamba semasa dalam bilik karaoke yg VVIP tu...lagi rasa terharu...cupcake pertama khas utk saya!!hooreyyy!!!!merasa gak aku celebrate dgn cupcake yg cute+sedap tu...thanks again to all zainabian...

sweet tak cupcake ni??hehehhee..

semua ucapan dari sahabat2 diucapkan terima kasih...semoga rezeki umur 28 ini bertambah2 dan impian tercapai..aminnnnnnn...terima kasih ALLAH kerana masih memberi peluang kepadaku hidup dalam suka duka sepanjang 28 tahun ini...aku redha dan pasrah dgn dugaan serta cabaran selama 28 tahun ini...serta kebahagian yang engkau limpahi..amin ya rabbal alamin..
Continue Reading

Wednesday, May 12, 2010

angan-angan tahun 1992 tercapai..yahoo!!

Posted by alifah@along at 8:42 PM 2 comments

hehehhee...kembali di tahun 1992, masa tu, aku baru berusia 10 tahun...muda lagi uu....actually, kalau korang nak tahu, aku memang minat sangat2 game badminton ni...hehhehe...tak terkata minatnya...ada gak minat kat player badminton masa tu...hehehe...zaman tu, zaman anak2 sidek la...hero aku time tu, Rashid Sidek la...hahhahahah.....
dipendekkan cerita, 1992 lepas, 16 Mei tahun tu, ok...aku ingat lagi...sorg2 tgk Thomas Cup-FINAL...hehehhee..Malaysia menentang Indonesia...hahahha....aku sorang2 menjerit menyokong pasukan negara kita tu, ewah!!dahla, time tu, nak celebrate berday la sorg2 konon2..hehhehehe....masa tu, kemenangan Malaysia lah menjadi hadiah hariijadiku yg bermakna, ewah!!adakah ianya boleh berulah tahun ini??nantikan...aku, kalau menang ni...memang tak tau nak kata la...memang luck la 16 mei ni...hehehhe
ok, sebenarnya, time aku tgk game tu tahun 1992, aku memang ada satu cita2 dan impian...hehhehe...aku nak tgk LIVE game ni, suatu hari nanti....huhuuu....so, malam td, dgn berbekalkan semangat dan duit rm33 , wpun duduk di stand upper tier, aku blh dan saksi kan game ni secara LIVE...sila tepuk bahu saya...hehehheeh....memang debaran dia lain macam skit...hahahhaa....dahla dpt tgk LIVE ex-aku..hahhaha...RASHID SIDEK la....hahhahaa...giler minat kat abg RASHID ni dulu....minat tak semestinya kawin, ok!!hahahhaa......koya dah dia...koya dah...tp, mmg betul wei...tahap minat dia, sampai termimpi2 dalam tidur...kalau aku senyum sorg2 time tidur pun, aku tak tahu...hehehehe...so, skrg, dah settle satu impian masa kecikku...saya sungguh HAPPY...dah la menang weih...wpun, sgt tipis...saya patut bangga dgn mereka!!cayalah MALAYSIA!!

si pencerita bersama tiket

walau jauh, tapi puas hati beb..
Continue Reading

Monday, May 3, 2010

kalau diberi peluang..

Posted by alifah@along at 12:15 AM 5 comments
salam all..
aku nak skip dulu la pasal bandung hari kedua tu...
nak mengadu, merintih, merayu skit ni...
sesungguhnya aku rasa, aku dah bosan dgn profession diri aku skrg ni...bukan bosan nak jd QS, bukan bosan nak jadi Penolong Pengarah...tp, aku dah kira kategori fed-up dlm status sambilan aku kat ofis aku ni...nak harap org atasan tolong aku??lmbt lagi weih...ntah tunggu 20 tahun lagi pun belum tentu mereka serap aku ke jawatan tetap...
so, nak tak nak...aku cuba dan terus coba utk mencari keperluan diri ni, ewah!! bukan terlalu memilih...tetapi, hati ini perlukan kepuasan beb....
so, berbekalkan satu semangat baru (ntah la tetiba ianya muncul)...mungkin ini jalan sebenar hidup aku....kalau aku diberi peluang utk menggalas profession guru sebagai jalan hidup aku utk hari kelak, aku redha dan aku berhasrat ingin menjadi guru yg paling sporting+baik+mesra gitu+beragama....insyaallah..tetapi, adakah peluang itu akan muncul??nantikan keputusannya nanti...baru hantar borang kat universiti ni weih...
semasa aku isi borang ni, fakulti yg tawarkan guru DG41 ni, adalah Fakulti Permata Pintar Negara..aku tak tau apa2 pun pasal program ni...tp, tghhari td, masa aku hantar borang permohonan ni, ada sorg x-student yg memohon benda yg sama dgn aku ni, aku tanya dia pasal fakulti ni...katanya, program ni, adalah baru dan utk mengajar anak2 pintar nanti..wah!!ye ke??allamak...mampukah aku??apapun, kalau ada rezeki dan diberi peluang, insyaallah, aku akan menjadi tokoh guru nanti...korang nanti tgk la...hehhehehe...(awal2 dah koya)....tp, aku mmg seorg yg bermotivasi gak kadang2...ewah!! DOAKAN aku ya, kawan2...
Continue Reading

Tuesday, April 27, 2010

gerak gerak BANDUNG (hari 1)

Posted by alifah@along at 7:01 PM 7 comments
salam ALL....
seperti yg diketahui..23-26 april yg lepas, saya telah membawa diri ke suatu tempat yg ammmmmmat seronok utk menshoppingkan diri..ewah!! gerak-gerak khas BANDUNG ini disertai oleh 5 org bangsawan...aku, wawa, anim, ina and zaki...

(beg sebelah pergi=sorg satu...hehhehe)
kami kuar rumah ke station putrajaya sentral jam 7 pagi (giler awal..kalau pergi kerja, baru nak g mandi2/iron baju ni...hehhee)..kami park keta kat putrajaya sentral, amik KLIA transit, ke salak tinggi dan naik bus ke LCCT..disebabkan dah check in awal2 dari rumah, so, takder la kami berkejar2..breakfast jap..dlm kul 9, kami masuk...pastu, check2 kami nyer pasport, siap kena marah, sbb dah lambat..hehheee...aku ingatkan, ok jer time tu...sbb, baru jam 910 gitu la...berkejar2 la kami takut kena tinggal..hehhehe...tiba2 dgr announcement, flight delay...cesssss....so, tunggu punya tunggu...takla lama...dlm setgh jam gitu, kami pun diberkan masuk...kira2 bertolak jam 1005 dari LCCT..tiba jam 1115 waktu Bandung (1215 waktu mesia)...perjalanan memakan masa 2 jam je la..


(welcome to bandung, indonesia)

lepas dah check2 pasport, kami ber5, gerak2 mencari hotel/motel/hostel...1st2, kami ke Karmila hotel, penuh..next, Rumah Ebo pun penuh...pastu ke Patradissa Jln Wastu Kencana..nasib baik ada....perghhhhh...lega....lain kali, kalau nak pergi mmg kena book la weih...mmg ramai sgt rakyat mesia+jakarta turun ke Bandung ni kalau time cuti rupanya....x-tually, kami nak ke Moritz hotel...tp, mengikut pakcik teksi tu, tempatnya JELEK...so, kami tak berani la palk..dgn pempuannye 4 org, lelaki nya sorg....baik tak payah...kalau nak ikutkan, masa 1st time aku p sana 2 thn yg dulu, aku dah pernah duduk kat situ...mmg murah gilers hotel tu....pelancong mmg ramai kat situ...ada yg sewa samapai sebulan kat Moritz tu...bayangkan, dalam RM10 je satu malam...tp, sbb nak menjaga anak2 dara ni semua, kami pun tak jadi la ke sana...hehehhehe....duduk la kami kat hotel Patradissa tu...ambil bilik family room 375ribu utk satu hari (dlm RM137.250, kira ok la dari tidur kat masjid..hehhehe...nasib baik ada hotel ni...hehehhee...oh ya, lupa nak bg tahu kos teksi td...(airport~karmila~ebo~patradasissa=200 ribu utk dua teksi)..memang ketuk punya la...200 ribu=RM73.20...so, RM 36.60 la utk 1 teksi...

signboard hotel kami bersama modelnya...
lepas check in, solat jap...kami kuar la ke Jalan Merdeka utk acara makan-makan....makanan pertama kami di bandung mmg manisssssssss....manis dia lagi manis dr masakan kelantan weih..aku yg kelantanese ni pun tak tertelan...wawa lagi la tak tertelan...ayam goreng manis giler....hahahhaaa...band mknn indon di situ...hahhaha....





makanan pertama di restoran Baso Malang Karapitan, Jln Merdeka,Bandung ini dalam 245ribu = RM 89.67...utk 5 org...kira ok la...tp, mmg malang la...manisss..
lepas tu, kami ke kedai sebelahnya...hehehe...kedai ni, mcm ku kenal...sbb pernah ke situ dua thn lepas....kedai ni nama di Merdeka Factory Outlet....perghhhh....makin byk bajunya....hehhehhee...survey dulu beb...jalan2....aim apa yg nak...byk ni...byk...hehhehe...




(our first Factory Outlet)...masa ni, tak kehabisan duit lagi...hehhehe...cuci2 mata sahaja...

lepas tu, jalan2...byk gak jual CD/DVD...tp, agak mhl jugak disana dlm 8ribu=RM 2.90...lek lu..tak beli lagi...sbb nak g kota Kembang utk shopping DVD....hehehehe/....

DVD oh DVD....gilerssss.....
next destinasi, kami nak ke Grande Factory Outlet in Jalan Dago, Bandung...naik angkutan kota ,okay!! oh, i will survive!!

angkutan kota...kalau nak turun say KIRI..okay!!hehehhe...cukup murah..tambangnya, area 1500-2000 seorg ( dlm 55sen-75sen)...
sesampainya di Grande, perghhhh.....wawa dah kebas satu cardigan, hehhehe....cantik...pastu, kami dikejutkan oleh satu suara yg agak lama tidak kedengaran...hahhahaa....tu dia...jumpa kakak ni kat kota Bandung...oh kak ana, sudah lama tak jumpa, tp, jumpa2 di Kota Bandung..hehhehee...

aku, kak ana n wawa...
lepas tu, kami jalan2 la kat jalan dago ni....jalan kaki je tau..hehehhe...bengkak kaki2...





dah round2 sampai malam...perut dah lapar la plak...hehhehe....nak makan mana agaknya...janji jgn manisssss seperti td...hehehhe....kami pun deal la nak ke Simpang Raya...punya la naik angkutan kota...sampai akhirnya ke Restoran Simpang Raya....kalau korang nak tau, kat Bandung ni, ada 2 restoran Nasi Padang /Minang yg femes dan sedap gilers la...satunya Restoran Simpang Raya dan satu lagi Restoran Sederhana...ada byk branch dia kat Bandung ni...tp, restoran yang kami tuju ni, macam dah nak tutup...so, kami amik keputusan makan sunda la kat restoran sebelah...hehhehe...makan la kat situ...makan malam pertama kami dalam 325 ribu @ RM 117.48..huhuuu...boleh tahan mhl jugak la...tp, lantakla....duit byk lagi time ni...hahhaha....bawah, gmbr restorannya...namanya Bale Gazeebo, jln. Surapati..


setelah selesai makan...nak balik umah dah la...jom naik angkut lagi sekali...
kali ni, kami ckp, kami nak ke Jln Merdeka, sbb budget blh je jln kaki kalau nak ke hotel....pastu, ronda la kami naik angkutan ni...pastu, tiba2 dia kata, ok, kat sini ya Merdeka...kami rasa pelik sekali tempat ni...tgk2, rupanya hantar ke Merdeka apa ntah..lupa dah.. tak pernah plak kami sampai kat sini....disebabkan kami dah turun dan dah bayar 10ribu utk angkut tu, kami pun cuba cari jln pulang sendiri....oh ye, sebelum pulang, kami cari simkad indon la senang skit nak berkomunikasi dgn rakyat mesia..hahhaha...saya beli SIMPATI (ala2 maxis indon gitu la)..10ribu utk kad+11 ribu utk topupnya= 21 ribu la semuanya (rm 7.70 je)...pas dah beli tu, kami pun tanyala sipenjual kad tu, utk ke hotel kami...dalam 2 km kami jalan kaki, pastu, sampai la ke tempat yg ditujui...huuuhuu...dalam kul 1030 (1130 waktu mesia) kami sampai hotel...tidur krohhhhhhhhhhhhh......abis hari pertama....
Continue Reading

Thursday, April 22, 2010

oh lelaki setia..sukar dicari...

Posted by alifah@along at 12:44 AM 5 comments
oh makkk...tajuk tak menahan...x-tually, tajuk ni mmg boleh dijadikan iktibar la utk kaum pempuan lain termasuk aku yg masih single ni...hehhehee..promote diri nampak??

...mcm ni ceritanya...aku ada sorg kawan lelaki..aku bg nama lah..nama dia adam...sepanjang aku kenal adam, aku rasa dia mmg single...lagi satu, dia jenis baik dan tulus la kononnya(lepas ni, mmg aku tak percaya dah kat ko adam)...pastu, aku adalah sorg lagi kawan pempuan plak, nama dia mira la...

1 day, si Mira ni, ada satu masalah yang mmg memerlukan bantuan la...aku takyah citer la ek masalah dia...personal skit...Mira mengadu kat aku ttg masalah dia...kebetulan time tu, aku mmg tak bleh tlg dia, dan org yg mampu tlg dia, adalah seorg lelaki dan kebetulan kawan aku ni, si adam blh di bawak ke tengah dlm perkara ni...so, aku call la si adam, utk mtk tlg...setelah discuss2, adam pun sanggup la menolong si Mira...terima kasihla aku pada si Adam...

lepas pada tu, berjumpa la 2 insan ni, utk settlekan masalah Mira tu...nak dipendekkan cerita, selepas perjumpaan 2 insan ni, terjadilah bibit2 percintaan antara mereka, ewah!!si Adam ni la yg bersungguh2 nak tekel si Mira...pastu bercinta la....aku plak, jolok si Mira, dan cerita benda2 baik je pasal Adam..mmg betul weih, aku mmg nampak baik je si Adam ni...(ke, aku senang sgt puji org baik??)

tup2...lepas bebrapa lama bercinta, petang td, adalah seorg kawan aku ni nama dia Kaseh...tepon aku, dia kata dan menceritakan ttg si Adam yg nak kawin, bulan 6 ni...oh my god...terkejut beruk aku...kawin???si Mira ni buat suprise kat aku ke apa...pastu, aku tanya la Kaseh detail ttg perkara itu...selepas penceritaan itu, aku buat kesimpulan bahawa, Adam akan kawin dgn tunang dia dan org itu bukanlah Mira...perghhhhh...panasnya hati aku....naik darah aku nak marah weih..aduh...

lepas pada tu, aku nak buat apa skrg..??rasa bersalah sgt2 sbb mempromote kawan sendiri kpd seorg kawan....so???sekarang aku nak buat apa???marah kat Adam??cerita kat Mira??ohhhh tidak....aku buntu...ya Allah, bantulah kaum Hawa yang lemah itu kalau dia tahu keadaan sebenar....

javascript:void(0)
Continue Reading

Wednesday, April 7, 2010

GAMAT sungguh....

Posted by alifah@along at 6:40 PM 0 comments

hi guys..lama dah nak post entry pasal ni...GAMAT ni actually ialah sebuah teater anjuran CTRA Production dengan kerjasama Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM), Matic, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Istana Budaya (IB) diadakan dari 12 hingga 22 Mac yang lepas.Pementasan Gamat 2 ini melibatkan hampir 100 pelakon di mana turut menampilkan penyanyi terkenal tanah air seperti Ziana Zain, Amy Mastura dan Misha Omar. Ziana melakonkan watak Ketua Obor-Obor, Misha (Ketua Buntal) dan Amy sebagai Ibu Gamat.Gamat 2 ni sebenarnya merupakan kesinambungan Gamat musim pertama yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 3 hingga 12 Oktober 2009.yang ni pun aku tgk tau...Gamat 2 merupakan teater pertama di negara ini mengambil dasar lautan sebagai latar cerita.
Gamat 2 ialah teater yang mengisahkan kehidupan dalam laut seperti ketam, tapak sulaiman, kurita, obor-obor, barakuda, kuda laut, sotong, landak laut, umang-umang, todak dan gamat sendiri.ciut2 weih...
so, dgn berbekalkan sponsor tiket dari kak ros, pada 14.03 yg lepas, saya dan wawa pun ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) kat sebelah Saloma Bistro tu...huhuuh...nak citer sikit, kak ros ni ialah salah sorg kwn seofis i...anak dia ada pegang watak dlm teater Gamat ni sebenarnya..anak dia, namanya Mukhriz...Mukhriz memegang watak anak landak laut...kiranya, mak artis la dia ni...hehhehe..tak yah citer byk la...nak tunjuk bukti gmbr skit kat korg...huhuuu....gambar dengan artis la lagi gempak..hahha..poyo..

yang ni, the best actor la bagi aku...adik MAT (anak GAMAT)..pandai giler berlakon...aku rasa, dia blh top satu hari nanti...cerita pasal dia, mak ayah dia ni, penjual makanan kat pasar mlm kat shah alam..sanggup datang naik KOMUTER hari2 ke KL utk latihan GAMAT...salute dik..

wawa dengan kak ziana...saper tak kenal dia kan??hehhehe...mmg maintain body dia beb...

skuad buntal ...diketuai Misha Omar ..Specis Buntal yg pandai kecek Kelate..lawok la...

Mukhriz..anak kak ros...watak anak landak laut....sepanjang pementasan, asal dia tgk aku je, dia lambai2...hahhaa...aku lak rasa glem...hehhehe..Mukhriz..Mukhriz...nasib baik, Amy Mastura tak ajak aku naik stage...
Ok la, mai nak citer penuh selepas melihat teater ni...Kisahnya bermula dengan Ibu Gamat (Amy Mastura)dan Bapa Gamat yang mahu menolong Profesor membuat penyelidikan tentang gamat dan menyuruh anaknya Mat duduk di rumah. Mat yang tidak mahu mendengar nasihat ibu dan bapanya telah keluar berjalan-jalan dan bertemu dengan Ketam Bunga, Ketam Batu dan Tapak Sulaiman.Teater Muzikal Gamat 2 lagi lawak sebab ada Misha Omar yg memegang watak sebagai Ketua Buntal.kecek Kelate pulok tu...giler lawak...
pastu, si akibat kedegilannya itu juga, Mat telah ditangkap oleh sekumpulan Obor-Obor yang menyangkanya adalah ibu gamat.
Manakala di Karang Puaka, Kurita pula sedang menderita kesakitan akibat kesan toksid. Kurita telah meminta pertolongan dengan mengarahkan Obor-obor menangkap Ibu Gamat supaya dapat mengubati penyakitnya.
Ibu Gamat yang menyedari kehilangan anaknya telah berjumpa dengan Buntal (Polis Laut). Mereka berbincang dan berjumpa dengan Mahatahu (Belut Laut) yang memberi petunjuk kepada Ibu Gamat bagaimana untuk menemui anaknya.
Ketika dalam perjalanan mencari anaknya Mat, pelbagai peristiwa telah berlaku yang disaksikan oleh Ibu Gamat. Ini termasuklah banyak hidupan laut yang sakit akibat laut tercemar. Ibu Gamat yang prihatin telah mengubati mereka dengan menggunakan produk gamat ramuan Profesor Gamat.
Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan Obor-Obor telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka mengaku bersalah dan dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut. Mereka juga berjanji tidak akan mengganggu penghuni laut lagi.

keluarga GAMAT...
Continue Reading
 

.:: secreto ::. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea