kronologi pemergian seorg insan bergelar sahabat..
ahad (11/07/2010 jam 11mlm) :
perkabaran berita kehilangan arwah..panggilan telefon dari encik Rohaidi (x boss arwah).
isnin (12/07/2010):
kehilangan masih menjadi persoalan...nurul, mak arwah dan ayah nurul ke India..
selasa (13/07/2010 jam 12.15 tghari):
kehilangan terjawab..yang tinggal hanya jasad kaku tidak bernyawa..
rabu (14/07/2010):
isteri arwah memaklumkan jenazah akan tiba pada khamis 15/07/2010 dan akan disemadikan di kampung halaman arwah..
khamis (15/07/2010):
jenazah tiba dengan selamat di KLIA cargo. teman-teman, sahabat handai memberi penghormatan terakhir kepada arwah..disemadikan dengan aman di tanah perkuburan kg. air hitam pantai...
walaupun tubuh kaku arwah tidak dapat dilihat oleh sesiapapun, kerana ia menjadi peraturan bahawa keranda arwah telah di paku sekemasnya oleh agen India, kami amat sayu sekali kerana hanya keranda berwarna hitam yg mampu kami ratap...
ku rasa baru smlm kita bertemu di KLIA
kini sudah berpisah buat selamanya
kami masih mendengar DIA ketawa
kami masih mendengar DIA bergurau senda
kami masih dengar lawak jenaka darinya
kami masih berbual mesra dengannya
kami masih duduk bersama2
kami masih makan bersama2
itu kenangan terakhir kami bersamanya
kenangan sebelum DIA pergi buat selamanya
dan akan kami kenang buat selamanya
wajahmu tidak akan kami lupa
akan trus tersemat dalam hati kami sampai bila2
kerana KAMU insan istimewa
perkabaran duka ini
kami terima dgn hati terbuka
kami redha YA ALLAH
NAMUN kami mohon padaMU YA ALLAH
tempatkanlah DIA di kalangan orang beriman dan beramal soleh
DIA,
kawan yg baik
dan kami mohon KAU berikan tempat yg terbaik untuknya di syurgaMU YA ALLAH
AMIN...
Wedding - bff 8d8
6 years ago