actually, ni email yg diterima oleh Noma Noma Yeh...
thanks kerana kongsi-kongsi...tocey...so, terasa nak kongsi dengan wanita-wanita satu dunia...so, saya post kan kat sini...(macamla satu dunia yang baca..hehehhe) niat saya baik,okay... :)
Ada 4 jenis kerisauan wanita.
Risau pada sepi dan kesepian.
Iaitu risau keseorangan . Risau tidak berteman dan tidak punya pasangan hidup.Risau hidup bersendirian. 
Sepi  itu indah? Bila ia dilafazkan, anda boleh fahami makna terbalik dari  ungkapan ini. Ia tidak indah tapi keadaan menjadikan dirinya kesepian  dan dia malas untuk memikirkan perkara yang boleh menyebabkan hatinya  terluka kembali. Maka dia cuba untuk menikmati kesepian itu.
Cubalah!, Hilangkanlah kesepian itu dengan alunan pengabdian.  Lihatlah Nabi Yunus ketika berada kesepian di dalam perut ikan Nun. Ia  merintih pada tuhannya dengan lafaz :
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
Pasti segala  kerisauan hati hilang sedikit demi sedikit. Lebih-lebih lagi ketika  waktu uzur. Bacalah selepas maghrib 500 kali samada dengan lidah atau  dibaca dalam hati.Akan terbit rasa indah dan terhibur.Atau perdengarkan  kalam Allah dengan lidah kita. Biar Allah pula hiburkan hati yang lara.
Risau pada paras rupa yang tidak cantik dan kurang menarik.
Setiap orang ada jodohnya. Mungkin jodohnya di dunia ini atau sudah  termaktub bahawa jodohnya di akhirat kelak. Ini adalah kerana jodoh  wanita yang tidak kesampaian di dunia yang fana ini akan diperisterikan  oleh Ahli Syurga nanti.Dunia yang sementara ini tempohnya hanya beberapa  kelipan mata dibandingkan dengan lamanya hidup di akhirat yang tiada  nokhtah.
Keindahan seseorang pada zahirnya bergantung pada paras rupa. Tapi  disebalik paras rupa itu ada manisnya dan daya penarik. Ada manusia yang  zahirkan daya penarik ini dengan ilmu sesat dan dampingan syaitan. Ini  tidak kekal dan akan menjadi sumpahan pada masa hadapannya kelak.
Bagi yang mengekalkan wuduk dan rajin qiamullail ada cahaya indah  dipancarkan dari wajahnya. Apatah lagi yang mengekalkan kalimah tauhid  di mulutnya. Hafiz Ibnu Qayyim ra.a seorang ulama hadis yang terkenal  telah mencatat 100 hadis tentang kelebihan Ucapan لا إله إلا الله antaranya ialah Nabi pernah bersabda :
"Zikir adalah cahaya hati dan wajah"
Risau pada pergantungan hidupnya.
Takut  hidupnya dipersiakan. Takut tidak dihiraukan. Takut dirinya  digandingkan dengan madu. Takut ditukar kasih sayangnya. Sebab itu ramai  wanita berkerjaya. Demi menjamin masa depannya. Takut sesuatu yang  seringkali berlaku dalam rumahtangga.
Lelaki memang pantang ada peluang. Pantang punya kemampuan. Pantas  dan nekad membuat keputusan tanpa memikir jauh. Jadi kaum hawa  memerlukan pergantungan diri sendiri. Wang dikumpul. Mahu juga kereta  sendiri. Mahu pula rumah atas namanya.Banyak sungguh persediaan.
Khaulah binti Hakim datang berjumpa dengan Nabi mengadu nasibnya yang  dibuang oleh suami setelah melahirkan anak-anak yang ramai dan  mengabdikan diri untuk suami. Namun setelah berusia ia talak oleh  suaminya dengan lafaz zihar. Maka bukan sahaja Nabi yang mendengar  luahan wanita itu tapi Allah lebih pantas menurunkan ayat untuk  menyambut aduan hambannya itu.
Oleh itu jangan lupa berselawat bila ada kerisauan ini.  Rajin-rajinkan lidah untuk berselawat.Bayangkan Nabi berada di hadapan  kita ketika berselawat. Dan Sambil itu adukan saja permasalahan kita.
Risau tidak punya zuriat.
Tak  kawin satu masalah. Bila dah kawin risau pula tidak ada zuriat. Zuriat  adalah benteng utuh untuk mempertahankan rumahtangga. Bila tiada zuriat  maka macam-macam kerisauan yang lain mula timbul. Cubalah lafazkan doa  Nabi Zakaria yang telah tua tapi masih tidak punya zuriat iaitu :
رَبِّ لاَ َتذَرْنِي فـَرْداً وَأَنْتَ خَيْرُ الوَاِر ِثِيْن 
Anbiya : 89
Anbiya : 89
Jadikan ia ucapan doa pada setiap kali sujud dalam apa jua solat yang dilakukan.
thanks Noma...swit tak noma??sweet tak??hehehhee 

4 juri yang cool..:
Sweeettt gilerr long! ;)
kita sama2 kuat + sabar ye long..hopefully kerisauan kita ni tak berpanjangan..aminn
hehehheheee....mmm...saya suka baca ma...harap2, kerisauan kita berakhir dgn ending yg ammmmat bahagia..amin
aku pon ade terpikir nk post email noma as entry..tp ko dh post dulu..bagus la...
ingt mengingati...
tacing sesorg baca email ni especially yg no 1 itu...
huhuhuhu
saya tacing baca yg last tu.hihi...thanks ustazah along.haha
Post a Comment