Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

orang itu..

Posted by alifah@along at 10:07 PM 3 juri yang cool..
별을 좋아하는 사람은 꿈이 많고, (byeoreul johahaneun sarameun kkumi manko)
Orang yang suka bintang itu orangnya pemimpi
비를 좋아하는 사람은 슬픈 추억이 많고, (bireul johahaneun sarameun seulpeun chueogi manko)
Orang yang suka hujan itu orangnya melankolis
눈을 좋아하는 사람은 순수하고(nuneul johahaneun sarameun sunsuhago)
Orang yang suka salju itu orangnya tulus
꽃을 좋아하는 사람은 아름답고, (kkocheul johahaneun sarameun areumdapgo)
Orang yang suka bunga itu orangnya romantis
anda, mana satu?

Thursday, February 2, 2012

EMAS oh EMAS... (part 1)

Posted by alifah@along at 7:44 PM 0 juri yang cool..
wah..tajuk tak blh blah..
actually, aku nk share business yg kwn adik aku dah buat 1 tahun dah...aku baru tahu rahsia dia ni...rupanya dia main EMAS.. 
korang ada 20k, korang beli emas dgn 20K ni, dpt la 100gm emas..monthly plak, dpt rm500 (2.5%) setiap bulan selama 6 bulan...selepas 6 bulan, kena update harga emas semasa, utk nak mula balik main. kalau harga emas masa tu, jatuh , cthnya rm18K la, company still akan byr korang balik rm 20K, sepertimana korang beli dulu...lepas tu, beli balik emas dgn harga baru tu, dan dpt plak 2.5% dari harga semasa beli utk dpt selama 6 bulan lagi..menarik bukan? yang penting, emas 100gm tu, mmg kita boleh pegang sendiri dan blh di pajak ke mana2 bank utk rolling modal/beli emas lagi satu..
setakat ni, business emas yang ni paling selamat dan menguntungkan..saper nak bagi 2.5% dari duit simpanan kalau simpan kat bank oiii...
so, kalau ada yang berminat, blh la hubungi saya sendiri di email saya alifahnaba@gmail.com ...
*ini bukan business MLM..ok!!

Thursday, January 5, 2012

semoga SYAHID milikmu.. (part 3)

Posted by alifah@along at 9:08 PM 0 juri yang cool..
salam...rentetan dari episode 1 dan 2...
akhirnya, suami arwah Noria Idris approve jugak saya sebagai kawan dlm FB...so, blh la tahu serba sedikit mengenai Rayyan Ikhwan...

"06.01.12 - Genap 2minggu usia Rayyan Ikhwan..anak ini masih brjuang utk hidup..Allah ul Karim..aku memohon smbuhknlah dia dgn kesihatan smpurna..berilah ketabahan & semangat juang yg tinggi..berilah dia peluang mmbalas pngorbanan ibu & ayahnya..Allahuakbar..aku memohon padaMu ya Allah.."
"1030am, 06.01.12 - sudilah kiranya, shbt2 dpt mndoakan keselamatan & kesihatan yg smpurna buat anak saya, Rayyan Ikhwan yg kini masih di Wad 2, HRPZ II..sudah celik mata, namun masih belum dpt merasai air susu breastfeed ibu saudaranya.stakat ini, tiub dimasukkan dari saluran tekak terus ke saluran perut baby.moga barakah & doa shbt2 di hari Jumaat dimkbulkan..jika tidak keberatan, dpt solat hajat.."
Semoga Rayyan kuat ya... Amin... 

Saturday, December 31, 2011

Happy 2012 ..pung pang pung pang!! (bunyi bunga api)

Posted by alifah@along at 8:38 AM 4 juri yang cool..
kita mulakan dgn sekeping gambar sahaja terlebih dahulu... so cute henna? (bhs hindi plak)..ni, kira azam utama la :) azam kecik2, byk lagi..antaranya, rajin menulis+merapu+meluahkan dlm blog saya ni :)
u hope...u hope...
lukisan yang cuba memberikan semangat 2012!! amin....kena rerajin la pergi true fitness tu ya alifah...
* bunyi bunga api camna ek? pung pang pung pang ke dusshhhh dushhhh??ke camna bunyi dia ek? jenuh aku bertekak dgn member aku ni...
*sesiapa yang ingin membuat tempahan gambar potret, hubungila aku..tak byk sangat kos nya :)

Tuesday, January 11, 2011

eh eh eh, baru perasan..

Posted by alifah@along at 1:43 AM 3 juri yang cool..
 actually...saya baru terperasan..rupanya tajuk entry yang kami kena tag rupanya seakan2 akan sama...sumpah aku tak tiru dia...dia ni mmg kadang2 ada persamaan dgn aku...ye la, namanya dah kenal 10 tahun kan...dah tau mcm2 dah tentang si dia...termasuk entry yang dia buat di sini dengan entry yang aku buat di sini...tajuk je hampir sama ok...aku spell kena jugaaa...dia spell kene jugakkk...hehehhe..serius, saya tak tiru dia wpun dia post dulu entry nih...baru terperasan jam 5 td...hehhehe...apapun, mmg dia selalu seiring sejalan dgn saya...yela, kami je yg bujang dalam BTB..huhuuh...itulah dia, si sengkuang, si udang dan si yuwa saya....

 dua-dua hantu air..suka main air la...

dua-dua suka pose gini

  dua-dua suka buat peace

  dua-dua sawan gambar

dua-dua mmg sawan gambar lagi...

*nak citer, sampi pernah sorg guy ni tanya, "wawa ni, selalu ikut dan ada kat mana along ada ek?"hehhee...aku senyum je...dia pun kata.."dia mmg pengikut along ek??"bantai gelak aku...yela...dia je kawan yg tak kawin dan selalu follow saya...
**touching tak Yuwa entry ni??hehehhee...malam ni jgn lupa g berenang2...

Sunday, November 28, 2010

lagu lama...

Posted by alifah@along at 6:08 PM 3 juri yang cool..
lagu lama, adakah saya seorg perempuan tua...oh noooo....tp, saya suka akan antonasi (ewah!) lagu lama ini...walaupun lagu lama...tp, suara dan susunan muziknya amat lumayan...makcik salamiah nyer suara ni ada getah la...hehhehee....actually, mula minat dgn lagu ini selepas menonton satu cerita drama kat Astro Prima ni...
selepas berjaya mendownload lagu ini, rasa nk dgr sampai sejuta kali...hehehhee....tp lirik nya mmg pilu sekali ya...

Gelombang by Salamiah Hassan

Nasibku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas di pantai
Semalam aku ternoda

Dalam sinar cahaya di jendela
Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Sinar hidup ini tiada erti

Hidupku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segala
Perasaan dan harapan
Untuk hari esok tiada lagi

Oh Tuhanku
KepadaMu ku pohon ampun doa restu
Lindungilah daku yang tidak berdaya
Di bumiMu ini

*tima kasih la kepada cik wawa yg bgtau nama lagu ni...
**kesian la org2 sekeliling aku kat ofis ni, sbb aku duk putar lagu ni je... naik muntah la...

Wednesday, November 3, 2010

touching siot...

Posted by alifah@along at 6:22 PM 5 juri yang cool..
...lama dah aku rasa tak menangis...tp, bila baca story ni, tetiba je nangis...huhuhuhuu....aku terbaca dlm FB td...citer ni, aku just nak share la dgn korang la....

copy n paste..

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

sedih kan??serius sedih....
aku harap, takder la dikalangan kita berperangai sebegitu terhadap anak2 kelak...ok!!!

          hi, nama saya Damia!! comel tak saya...saya anak sedara Kak Alifah tau..
(sekadar hiasan)
     hi, nama saya plak Dhia !! ..saya plak adik Kak Alifah tau..saya minat abg Ipin...
(sekadar hiasan)

Friday, July 16, 2010

Damailah kau di sana sahabatku Mohd Ramin B. Mohd Amin...

Posted by alifah@along at 12:42 AM 5 juri yang cool..
kronologi pemergian seorg insan bergelar sahabat..
ahad (11/07/2010 jam 11mlm) :
perkabaran berita kehilangan arwah..panggilan telefon dari encik Rohaidi (x boss arwah).
isnin (12/07/2010):
kehilangan masih menjadi persoalan...nurul, mak arwah dan ayah nurul ke India..
selasa (13/07/2010 jam 12.15 tghari):
kehilangan terjawab..yang tinggal hanya jasad kaku tidak bernyawa..
rabu (14/07/2010):
isteri arwah memaklumkan jenazah akan tiba pada khamis 15/07/2010 dan akan disemadikan di kampung halaman arwah..
khamis (15/07/2010):
jenazah tiba dengan selamat di KLIA cargo. teman-teman, sahabat handai memberi penghormatan terakhir kepada arwah..disemadikan dengan aman di tanah perkuburan kg. air hitam pantai...

walaupun tubuh kaku arwah tidak dapat dilihat oleh sesiapapun, kerana ia menjadi peraturan bahawa keranda arwah telah di paku sekemasnya oleh agen India, kami amat sayu sekali kerana hanya keranda berwarna hitam yg mampu kami ratap...

ku rasa baru smlm kita bertemu di KLIA
kini sudah berpisah buat selamanya
kami masih mendengar DIA ketawa
kami masih mendengar DIA bergurau senda
kami masih dengar lawak jenaka darinya
kami masih berbual mesra dengannya
kami masih duduk bersama2
kami masih makan bersama2

itu kenangan terakhir kami bersamanya
kenangan sebelum DIA pergi buat selamanya
dan akan kami kenang buat selamanya
wajahmu tidak akan kami lupa
akan trus tersemat dalam hati kami sampai bila2
kerana KAMU insan istimewa

perkabaran duka ini
kami terima dgn hati terbuka
kami redha YA ALLAH
NAMUN kami mohon padaMU YA ALLAH
tempatkanlah DIA di kalangan orang beriman dan beramal soleh

DIA,
kawan yg baik
dan kami mohon KAU berikan tempat yg terbaik untuknya di syurgaMU YA ALLAH

AMIN...

Monday, July 12, 2010

perginya seorg teman..~~

Posted by alifah@along at 10:10 PM 7 juri yang cool..
tak tahu nak mula dari mana....yg aku tahu, menulis dalam mode sedih...pemergian seorg teman baik, penceria hidup kami, suka bantu kami dlm kesusahan, suka blanja2 kami dll...pendek kata, he's everything for us...

"DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita pergi"
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun

Semoga diampunkan segala dosa-dosanya di dunia, dan semoga rohnya dicucuri rahmat agar tenang di sana hendaknya.
AMIN

last moment bersama arwah... 26/06/2010 Klia

Al-Fatihah Buat..
Mohd Ramin bin Mohd Amin
12/06/1982 - 13/07/2010

Sunday, May 16, 2010

..:: otanjoubi omedetou gozaimasu::..

Posted by alifah@along at 6:11 PM 7 juri yang cool..

happy birthday to me..
happy birthday to nur alifah...

owhhhh....sudah 28 umur ku...tua kah aku??atau masih sweet 28??hehehhee...apapun, cabaran hidup perlu diharungi sekentalnya, ewah!!tahun ni, aku agak terharu..kerana byk sekali ucapan melalui SMS/FB atau LIVE dari kawan2/sedara2 kepadaku...amat terharu sekali beb!!thanks to all!!
tahun ni, lebih bermakna lagi, tarikh 16mei menjadi tarikh pilihan kami utk gathering SMZ1...bertempat di Sunway PYramid, Subang..dengan ahli seramai lebih kurang 30 org...dengan jayanya...acara dimulakan dengan makan2+memanah+boling+karok2...perghhhhh....sungguh seronok walaupun mmg penat bangat...
tgh2 bergalok2..suprise cupcake dipersembahkan kepada hamba semasa dalam bilik karaoke yg VVIP tu...lagi rasa terharu...cupcake pertama khas utk saya!!hooreyyy!!!!merasa gak aku celebrate dgn cupcake yg cute+sedap tu...thanks again to all zainabian...

sweet tak cupcake ni??hehehhee..

semua ucapan dari sahabat2 diucapkan terima kasih...semoga rezeki umur 28 ini bertambah2 dan impian tercapai..aminnnnnnn...terima kasih ALLAH kerana masih memberi peluang kepadaku hidup dalam suka duka sepanjang 28 tahun ini...aku redha dan pasrah dgn dugaan serta cabaran selama 28 tahun ini...serta kebahagian yang engkau limpahi..amin ya rabbal alamin..

Monday, May 3, 2010

kalau diberi peluang..

Posted by alifah@along at 12:15 AM 5 juri yang cool..
salam all..
aku nak skip dulu la pasal bandung hari kedua tu...
nak mengadu, merintih, merayu skit ni...
sesungguhnya aku rasa, aku dah bosan dgn profession diri aku skrg ni...bukan bosan nak jd QS, bukan bosan nak jadi Penolong Pengarah...tp, aku dah kira kategori fed-up dlm status sambilan aku kat ofis aku ni...nak harap org atasan tolong aku??lmbt lagi weih...ntah tunggu 20 tahun lagi pun belum tentu mereka serap aku ke jawatan tetap...
so, nak tak nak...aku cuba dan terus coba utk mencari keperluan diri ni, ewah!! bukan terlalu memilih...tetapi, hati ini perlukan kepuasan beb....
so, berbekalkan satu semangat baru (ntah la tetiba ianya muncul)...mungkin ini jalan sebenar hidup aku....kalau aku diberi peluang utk menggalas profession guru sebagai jalan hidup aku utk hari kelak, aku redha dan aku berhasrat ingin menjadi guru yg paling sporting+baik+mesra gitu+beragama....insyaallah..tetapi, adakah peluang itu akan muncul??nantikan keputusannya nanti...baru hantar borang kat universiti ni weih...
semasa aku isi borang ni, fakulti yg tawarkan guru DG41 ni, adalah Fakulti Permata Pintar Negara..aku tak tau apa2 pun pasal program ni...tp, tghhari td, masa aku hantar borang permohonan ni, ada sorg x-student yg memohon benda yg sama dgn aku ni, aku tanya dia pasal fakulti ni...katanya, program ni, adalah baru dan utk mengajar anak2 pintar nanti..wah!!ye ke??allamak...mampukah aku??apapun, kalau ada rezeki dan diberi peluang, insyaallah, aku akan menjadi tokoh guru nanti...korang nanti tgk la...hehhehehe...(awal2 dah koya)....tp, aku mmg seorg yg bermotivasi gak kadang2...ewah!! DOAKAN aku ya, kawan2...

Tuesday, April 27, 2010

gerak gerak BANDUNG (hari 1)

Posted by alifah@along at 7:01 PM 7 juri yang cool..
salam ALL....
seperti yg diketahui..23-26 april yg lepas, saya telah membawa diri ke suatu tempat yg ammmmmmat seronok utk menshoppingkan diri..ewah!! gerak-gerak khas BANDUNG ini disertai oleh 5 org bangsawan...aku, wawa, anim, ina and zaki...

(beg sebelah pergi=sorg satu...hehhehe)
kami kuar rumah ke station putrajaya sentral jam 7 pagi (giler awal..kalau pergi kerja, baru nak g mandi2/iron baju ni...hehhee)..kami park keta kat putrajaya sentral, amik KLIA transit, ke salak tinggi dan naik bus ke LCCT..disebabkan dah check in awal2 dari rumah, so, takder la kami berkejar2..breakfast jap..dlm kul 9, kami masuk...pastu, check2 kami nyer pasport, siap kena marah, sbb dah lambat..hehheee...aku ingatkan, ok jer time tu...sbb, baru jam 910 gitu la...berkejar2 la kami takut kena tinggal..hehhehe...tiba2 dgr announcement, flight delay...cesssss....so, tunggu punya tunggu...takla lama...dlm setgh jam gitu, kami pun diberkan masuk...kira2 bertolak jam 1005 dari LCCT..tiba jam 1115 waktu Bandung (1215 waktu mesia)...perjalanan memakan masa 2 jam je la..

(welcome to bandung, indonesia)

lepas dah check2 pasport, kami ber5, gerak2 mencari hotel/motel/hostel...1st2, kami ke Karmila hotel, penuh..next, Rumah Ebo pun penuh...pastu ke Patradissa Jln Wastu Kencana..nasib baik ada....perghhhhh...lega....lain kali, kalau nak pergi mmg kena book la weih...mmg ramai sgt rakyat mesia+jakarta turun ke Bandung ni kalau time cuti rupanya....x-tually, kami nak ke Moritz hotel...tp, mengikut pakcik teksi tu, tempatnya JELEK...so, kami tak berani la palk..dgn pempuannye 4 org, lelaki nya sorg....baik tak payah...kalau nak ikutkan, masa 1st time aku p sana 2 thn yg dulu, aku dah pernah duduk kat situ...mmg murah gilers hotel tu....pelancong mmg ramai kat situ...ada yg sewa samapai sebulan kat Moritz tu...bayangkan, dalam RM10 je satu malam...tp, sbb nak menjaga anak2 dara ni semua, kami pun tak jadi la ke sana...hehehhehe....duduk la kami kat hotel Patradissa tu...ambil bilik family room 375ribu utk satu hari (dlm RM137.250, kira ok la dari tidur kat masjid..hehhehe...nasib baik ada hotel ni...hehehhee...oh ya, lupa nak bg tahu kos teksi td...(airport~karmila~ebo~patradasissa=200 ribu utk dua teksi)..memang ketuk punya la...200 ribu=RM73.20...so, RM 36.60 la utk 1 teksi...

signboard hotel kami bersama modelnya...
lepas check in, solat jap...kami kuar la ke Jalan Merdeka utk acara makan-makan....makanan pertama kami di bandung mmg manisssssssss....manis dia lagi manis dr masakan kelantan weih..aku yg kelantanese ni pun tak tertelan...wawa lagi la tak tertelan...ayam goreng manis giler....hahahhaaa...band mknn indon di situ...hahhaha....

makanan pertama di restoran Baso Malang Karapitan, Jln Merdeka,Bandung ini dalam 245ribu = RM 89.67...utk 5 org...kira ok la...tp, mmg malang la...manisss..
lepas tu, kami ke kedai sebelahnya...hehehe...kedai ni, mcm ku kenal...sbb pernah ke situ dua thn lepas....kedai ni nama di Merdeka Factory Outlet....perghhhh....makin byk bajunya....hehhehhee...survey dulu beb...jalan2....aim apa yg nak...byk ni...byk...hehhehe...

(our first Factory Outlet)...masa ni, tak kehabisan duit lagi...hehhehe...cuci2 mata sahaja...

lepas tu, jalan2...byk gak jual CD/DVD...tp, agak mhl jugak disana dlm 8ribu=RM 2.90...lek lu..tak beli lagi...sbb nak g kota Kembang utk shopping DVD....hehehehe/....

DVD oh DVD....gilerssss.....
next destinasi, kami nak ke Grande Factory Outlet in Jalan Dago, Bandung...naik angkutan kota ,okay!! oh, i will survive!!

angkutan kota...kalau nak turun say KIRI..okay!!hehehhe...cukup murah..tambangnya, area 1500-2000 seorg ( dlm 55sen-75sen)...
sesampainya di Grande, perghhhh.....wawa dah kebas satu cardigan, hehhehe....cantik...pastu, kami dikejutkan oleh satu suara yg agak lama tidak kedengaran...hahhahaa....tu dia...jumpa kakak ni kat kota Bandung...oh kak ana, sudah lama tak jumpa, tp, jumpa2 di Kota Bandung..hehhehee...

aku, kak ana n wawa...
lepas tu, kami jalan2 la kat jalan dago ni....jalan kaki je tau..hehehhe...bengkak kaki2...

dah round2 sampai malam...perut dah lapar la plak...hehhehe....nak makan mana agaknya...janji jgn manisssss seperti td...hehehhe....kami pun deal la nak ke Simpang Raya...punya la naik angkutan kota...sampai akhirnya ke Restoran Simpang Raya....kalau korang nak tau, kat Bandung ni, ada 2 restoran Nasi Padang /Minang yg femes dan sedap gilers la...satunya Restoran Simpang Raya dan satu lagi Restoran Sederhana...ada byk branch dia kat Bandung ni...tp, restoran yang kami tuju ni, macam dah nak tutup...so, kami amik keputusan makan sunda la kat restoran sebelah...hehhehe...makan la kat situ...makan malam pertama kami dalam 325 ribu @ RM 117.48..huhuuu...boleh tahan mhl jugak la...tp, lantakla....duit byk lagi time ni...hahhaha....bawah, gmbr restorannya...namanya Bale Gazeebo, jln. Surapati..

setelah selesai makan...nak balik umah dah la...jom naik angkut lagi sekali...
kali ni, kami ckp, kami nak ke Jln Merdeka, sbb budget blh je jln kaki kalau nak ke hotel....pastu, ronda la kami naik angkutan ni...pastu, tiba2 dia kata, ok, kat sini ya Merdeka...kami rasa pelik sekali tempat ni...tgk2, rupanya hantar ke Merdeka apa ntah..lupa dah.. tak pernah plak kami sampai kat sini....disebabkan kami dah turun dan dah bayar 10ribu utk angkut tu, kami pun cuba cari jln pulang sendiri....oh ye, sebelum pulang, kami cari simkad indon la senang skit nak berkomunikasi dgn rakyat mesia..hahhaha...saya beli SIMPATI (ala2 maxis indon gitu la)..10ribu utk kad+11 ribu utk topupnya= 21 ribu la semuanya (rm 7.70 je)...pas dah beli tu, kami pun tanyala sipenjual kad tu, utk ke hotel kami...dalam 2 km kami jalan kaki, pastu, sampai la ke tempat yg ditujui...huuuhuu...dalam kul 1030 (1130 waktu mesia) kami sampai hotel...tidur krohhhhhhhhhhhhh......abis hari pertama....

Wednesday, March 31, 2010

pejam celik..pejam celik...

Posted by alifah@along at 2:03 AM 3 juri yang cool..
hi guys...
pejam celik..pejam celik, dah lebih sebulan aku tak menulis dlm blog ni..hehhehe....akhirnya, tebuka plak hati nak menulis (selepas di push silent reader i, OGY...hehhehe)
xtually, tak der sgt nak citer kat sini, just summarize la bulan mac punya hal...bulan ni, bulan agak tak ceria bg aku...sebab, 2 kali mengalami sakit pinggang...sakit pinggang ni, bukan sebab period pain ke, jatuh longkang ker...tp, ntah..aku pun tak berapa sure sebab apa...tapi yg sure nya, ianya berlaku sbb aku byk drive, buat kerja sambil duduk (maklumla, kerja dari pagi sampai ke malam) hari2 pergi KL (2 nd office utk mencari rezeki..hehehhe...sedih plak bunyinya...)
penyakit sakit pinggang aku ni, mmg serik weih...sampai, once bila aku dah duduk kat sofa ke, tidur ke, time nak bangun tu, mak iiii, sakit nye kat pinggang tu, Allah je yg tahu...pastu, nak tegakkan badan aku tu, amik masa skit...mcm nenek2 si bongkok 3 gitu...gaya org pregnant pun ada...duk pegang pinggang jer...
citer pasal ubat-ubatan, dah hampir setengah botol nak habis aku lumur kat pinggang aku ...minyak panas plak tu...tp tahan la skit bila dah letak minyak...kalau kat office, aku terpaksa letak koyop (betul ntah ejaan aku) yang besar punya kat pinggang tu...pastu, dah 3 sakit tu berlarutan, aku dah tak tahan, aku pun pergi mengurut....ni 1st time pergi mengurut...urut satu badan plak tu...haaaaaaa...citer pasal mengurut....tempat sakit tu, akak tu tekan, aku menjerit..sakit weih..tp, kalau tempat tak sakit nyer pun aku menjerit kegelian...specis geli aku ni sebenarnya..hahhaha....serius beb, geli....hahaha....lepas mengurut, aku rasa ok la skit...angin2 satu badan kuar..perghhh....lega...
3 hari kemudian, badan dah rasa ok...aku pun pergi main volley ball n netball...konon2nya, nak exercise la...takpela..pergi la...main tu, mmg sepuas2nya la...aktif katakan....haa, tu dia..lepas je main, aku balik mandi, then sleep( tabiat org over letih gitu)...pastu, aku bangun...maaaakkkkk....sakit ku kembali...aduhhhhh.....sakit semula pinggang aku....tu la, saper suruh ko pergi bersukan!!!padan muka sendiri....hahhahaha....kali ni, aku tak pergi mengurut...aku tahan sakit tu 3, 4 hari...beransur pulih....aku serik ke takut ke malas nak g mengurut??aku pun tak tahu...hehhehee...
pastu, selepas kejadian itu, aku perasan, setiap kali aku drive, aku akan rasa semacam ke kat betis n pinggang aku...adakah otot aku telah membengkak??atau lemak aku yg membengkak??hhhahhahaa......aku pun tak tau...kena p jumpa doctor agaknya....nak jumpa Dr pun takut....senang jer aku, tanya pendapat kawan2 aku yg Dr, bukannya nak pergi Hospital...takutkah aku pada Hospital??kata kerja Kementerian Kesihatan Malysia???hahahhahaaa...no komen...

muka eksyen jadi GA...tp, tak sangka plak, aku blh score byk...dah umur 27 ni, baru aku tahu kelebihan aku utk jd shooter...kenapa dulu, cikgu2 aku tak mengesan kelebihan aku ni???hahhahaha...riak...

Sunday, January 3, 2010

lawak sorg2...cerita park and ride...

Posted by alifah@along at 5:09 PM 7 juri yang cool..

...setelah menerima memo dari KSU kementerian pada khamis lepas, mengatakan, semua staf tidak dibenarkan parking di laluan utama parcel E, dan meminta semua staf menggunakan Park and Ride yg disediakan...semua wajib berbuat demikian, dan akan menyaman bg kereta yg ingkar...

hahhahaa....lawak di pagi hari 4 jan 2010..aku pun dgn semangat luar biasa, keluar dari rumah awal 45 minit dari biasa..aku kuar 7.15 berbanding kul 8.00 sebelum ini...konon2, aku kuar awal, dpt la aku ke tempat parking yg agak jauh sedikit tetapi masih didalam kawasan Parcel E...tetapi, jamm giler kat area rumah aku dan jamm gak dekat putrajaya, memaksa aku utk melencong ke Paark and Ride yg disediakan...aku budget mesti ramai la org park kat sana...

hahhaa...sesampainya aku disana, hampeh!!penuh parking KOSONG!!hahhahaa....lawak2 dan takkan la aku nak kuar balik dr kawasan itu...so, nak taknak, aku pun park la keta...

aku, antara org skema..parking kat PnR..

pastu, pergi la tempat parking bus...damm!!aku sorg jer rupanya PELANGGAN dia...hahhahaa...aku gelak sorg2...pastu terfikir..kalau la aku sampai office nanti, tgk2 aku sorg je Park n Ride, mmg lawak la...skema giler aku...hahahha..pastu, aku pun borak dgn pakcik bus.."pakcik, saya masuk kul 8.30, skrg dah kul 8.15, sempat ker ni??dah la jamm plak kat sana.."..pakcik tu pun kat'"eh, sempat..jgn risau.."..bukan apa, aku pikir, dia nak wait org kasi penuh bus dia la, baru nak gerak...pastu, 5 minit tunggu, pakcik tu pun panggil aku dan nak bertolak katanya..pastu, aku byr 50sen.hahhahahaa...aku sorg jer dlm bus itu...pakcik itu terpaksa bergerak dengan pelanggannya aku sorang yg telah membayar 50sen..hahahhaa...lawak...pastu bergerak la bus...nasib mmg begitu baik, tak jamm langsung...5minit kemudian aku sampai...then, berjalan menuju ke office...sempat punch 8.26..hehehe...berjaya misi menaiki bus...

tiket 50 sen

pelanggan tunggal ..hahhaa..tgk, mana ada org dibelakang seat aku ni..hahhaa

kesudahannya, sampai office, tanya semua org..takder sorg pun yg Park n Ride...aku sorg je....terasa amat SKEMA aku di waktu ini...hahhahaa...bengong!!pastu, mula menanam niat nak beli motosikal nih...hehehhe...tp, kena survey harga dulu la...

tempat parking aku yg telah disita..huhuuh...

Thursday, December 31, 2009

azam oh azam...

Posted by alifah@along at 12:07 AM 6 juri yang cool..
azam oh azam...begitu cepat masa berlalu...baru jer aku rasa sambut nuyear 2009...malam ni dah nak sambut nuyear 2010...mak iii...lagi umur aku meningkat...hehehhe....mcm mana ni??...

ok la, actually azam aku utk 2009 sebenarnya belum tercapai lagi, dah nak tahun baru 2010 dah..kita mmg tak der hak dan kuasa utk stop kan masa...ianya berlalu sekejap sahaja...hehehee...so, macam biasa, aku forwardkan azam thn lepas ke tahun ini plak...hahahhaa...sebenarnya aku ada beberapa azam yg nak share la ngan korang..itupun kalau korang peduli la kan...hehehhee...kalu tak peduli..nak buat camna..saperla aku ni..huhuuuhu

pertama: azam ni, dari tahun lepas, aku forward ke tahun ni...hehehhe...azam aku ialah aku mau SLIM...hahahhahaa...poyo tak???bukan apa, aku dah letih actually dgn berat badan aku ni...lagipun, badan tak berapa sihat sejak kebelakangan ini...huhuuuuu...so, utk menguatkan azam aku ini, aku target nak shopping sluar dan baju size baru nanti pergi ke Bandung bulan 4 ni...hahahahhaaa...poyo...

gambar hiasan : jeans LEVIS yg dijanjikan oleh 2 kwn aku kalau aku kurus...hehehe...kalau mintak dgn model ni skali, boleh tak??

kedua: azam tahun lepas yg masih tak tercapai...apa dia ek??hehehhee...aku nak KERJA TETAP...bersama KERAJAAN, okay!!hehehhee...yang ini aku mmg tunggu lama dah....aku mmg nak kerja dgn KERAJAAN sbb aku dah bosan diperkotak katekkan bila kerja dgn syarikat swasta ni...hehehehee....tolongla aku wahai en. NAJIB...heheheh...

ketiga: aku nak perbaiki semua kelemahan diri dalaman dan luaran aku...dan aku inginkan SEMANGAT baru dan berani utk mengharungi semua dugaan yg menimpa (even korg nampak aku happy jer sokmo...tp, sebenarnya tidak yg disangkakan...)hehehe...juga menjadi insan yg baik disisi agama..insyaallah...

keempat: aku nak beli MOTOSIKAL la plak...kembali utk merempit...itu adalah azam aku yg muncul baru2 ni jer...bukan apa, di Putrajaya ini nanti, akan memaksa semua staff utk parking ke Park & Ride..maksudnya, staff Kementerian diwajibkan park keta masing2 kat satu tempat dan selepas itu, kena naik bus ke tempat kerja...tak ker giler, gaya mcm tak der keta plak, kena naik bus...eeee...dahla area umah aku tu selalu jer jamm (selalu jd sebab kelewatan ke tempat kerja then kena perli dgn boss..."kamu ni, takder sebab lain ker, lainkali dtg la awal ski"ayat boss aku kat aku ...)so, aku kalau ada motosikal, aku rasa semua masalah ini akan settle kut...hehehe..kena cari duit lebey la plak...hehhehee...ke, ada yg nak sponsor pengemis ni???hehheee....

kelima: azam seterusnya, aku nak jadi MENABUNG WANG yang teratur skit utk tahun 2010 ni...hehehe...sebelum ni, kalau simpan jer duit, habis...asal ada duit lebih jer, aku suka habiskan...so, utk tahun ni, aku akan menyimpan dgn teraturnya..insyallah...kurangkan aktiviti shopping aku dan aktiviti bedeghak ku..hehhee..(tp, aktiviti melancong ni, susah skit..sbb tu yg tu sbb ini dikecualikan..hehhee)

keenam: hehhee...yg ni...mcm privacy skit..tp, takpe la..aku bgtau jerla...azam terakhir utk tahun 2010 ni ialah perKAWINan..hahahhaa..mau kawin dgn siapa??so,azam tahun ni, aku harap ada la Mr.Right datang melamar aku...macam sedey pun ada...hahhaha..Takuya Kimura ke??hahhahaa...aku tak demand tinggi...janji org itu blh let go dgn aku...memahami aku..dan paling penting..terima aku seadanya dan sayang kat aku le..hehhehe...takkan nak kawin dgn org yg tak sayang kita kan??dan yg penting...aku memang tidak mementingkan keHENSEMan dan keKAYAan org itu..ewah!! aku takut adik aku kawin dulu jer ni...hehhehee....

gambar hiasan : takder kena mengena dgn azam :)

ok, ada 6 semuanya...boleh tak aku capai tahun ni??hehehhe...kita tunggu dan lihat je ek??...sama2 kita berdoa utk semua...insyaallah, azam kalian pun turut termakbul..aminnn...

Thursday, October 1, 2009

fuhh..punah ranap impianku!!

Posted by alifah@along at 8:35 PM 8 juri yang cool..
Fuhhh..ranap la impian ku….selama 3 bulan aku menanti…korang tau, aku dah semalam lagi menulis benda ni,..Cuma disebabkan blog kat office kena block, so skrg baru blh aku nyatakan di sini..huhuhu…frust bkn main lagi ni…tp, nak buat camna, keadaan tidak mengizinkan aku utk menemuimu, ewah!!(bunyi mcm org bercinta plak..hehehhe)..

Actually, aku nyer plan nak ke Padang, Indonesia 22.10 ni..tapi, disebabkan earthquake yg berlaku itu, kami sepakat, tidak akan teruskan niat kami itu…bak kata salah sorg dari kami..”along, dah 521 dah hok mati, kita tak payah g tambah lagi la dok?”hehehee…mulut dia….walaupun, niat kami memang nak ke bukit tinggi (dalam sejam dari kota padang) tetapi, mcm mana sekali pun, kami kena mendarat kat Padang gak…huhuhu…

Apapun aku memang bersimpati sgt2 la kat mangsa di sana…(ada gaya menteri tak??)ada hati aku ni nak jadi menteri ya….hehheheh…berita hari ni, dah +1000 yang meninggal…
kemusnahan memberi kesan yang besar kalau aku nak ke sana gak…antaranya:

1) petrol kat padang dijual dgn harga rm30 selitre (sbb ramai nak isi minyak dan lari ke tempat2 lain dan hanya beberapa station shaja yg boleh berfungsi utk mengepam minyak..kesian)..mcm mana la kalau aku nak ke sana, confirm la harga transportation mahal giler (kecuali ko bwk minyak dari mesia..hehhee)..air asia lepas ke bg bwk minyak naik flight???

2) makanan padang: confirmla takder org yang nak berniaga time ni…org giler jer yg berniaga…tu pun, mesti mknn yang diorg jual semestinya, kotor..huhuhuhu..(takkan, nak bwk roti jer kalau pergi sana…)

3) Tempat tinggal@hotel: banyak yg dah ranap nyer…kalau ada dan boleh duduk pun, aku tak berani dah…(takkan nak berkhemah plak??mcm wartawan blh la kut..hehheheh)…

4) Pemandu pelancong: confirmla takder org nak jd pemandu pelancong utk kami….diorg ni mesti nak fikir nak selamat diri sendiri dan keluarga la…(ada masa lagi ker nak bekerja??) tp, korg jgn tak percaya, kawan kpd kawan saya yang berada kat bukit tinggi kata, diorg takder apa…kat bukit tinggi ok…(gayanya, mcm mintak kitaorg p sana gak…ada ker patut???tak berani i..rela burn tiket lagi kut….)

5) Tempat shopping: yang ni paling memberi kesan kut…takkan ada org nak jual2 kain+telekung+langsir kut…kalau jual pun, mesti murah giler la…(best gak shopping time ni..hehehhehe..silap hari bulan…lelong sampai 90 % kut…jgn cari nahas meklong..hehhehehe….kirim kat abg2 wartawan jerla….mcm la aku ada kenal wartawan..hehehhehe….adik kwn office ada pergi sana…adakah dia menjadi mangsa utk kirim brg??confirm kena marah…hehehhehe)….tp. klau ada yg menjual lelong pun, confirmla berhabuk giler kan???kesian la kedai2 dan modal2 makcik yg berniaga kat sana kan??besar betul dugaan mereka..dah la tak berduit sgt…mmmm….kesian again…

Eeee….dari pemerhatian dan ulasan di atas, confirmla, aku tutup pintu hati aku nak ke sana..even ada sorg kwn aku pernah kata…”ala, tak der apa nyer long…”…..eeeee..tak nak aku p….
Apapun,
takziah utk Indonesia…

kenangan tiket ku abadikan di dalam blog ini…

sambil terfikir rupa anak best buddy aku...anak dzu yg tak lama lagi nak kuar..dan anak an...mesti comel mcm baby ni kan??...

**post raya 2009 aku hutang lagi...

Sunday, September 6, 2009

makan BESAR oh makin BESAR...

Posted by alifah@along at 6:09 PM 4 juri yang cool..
heheheh....makan besar berturut2...jumaat lepas kerja, dgn gang2 KKM, pergi berbuka sesama kat Restoran Soeul Bulgogi (an, aku hutang kamu kat tempat ni..hehehhe...nanti ek..)...perghh, puas hati mkn kat sini...memang aku dan rakan berpuas hati ler dgn restoran ni..terletak ditengah2 kotaraya KL..kat Plaza Pantai, sebelah federal tu...rm 43.60 sekepala...kira ok sgt la kut sbb mknn dia mmg tip top la...buffet ramadhan yg paling berpuas hati setakat hari ini...mai tunjuk gmbr mkn kat restoran ni..aku jamin la, korg yg dari Johor ke Penang ke (tujukan utk pid, noma and wawa yg jarang2 nak dtg KL) mesti ada rasa nak dtg sini..hehhehe..layan...

steamboat..

mknn kami yang lain2..

penulis yang berpuas hati...

next, nak cerita pasal pertemuan plak..ewah!!blog ni ditujukan khas utk saper2 yg tak dapat datang (kasi jeles punyer..hehehhe)..
ramadhan gathering, acara tahunan yg biasa kita buat, kali ni, berlangsung kat shah alam (restoran shid, padang jawa)..hari sabtu (05.09.09)...seramai 15 ahli yg datang memeriahkan keadaan...frust gak tak ramai yang datang...lebey lagi gang2 sekepala yg ada komitmen sendiri (kami paham...)..apapun, kalau korg nak tau, org yang tak sangka2 pun join..hehhehe...anas, isteri dan anaknya, Zara...comel betul anak dia...anak sulung...sekarang ni, isteri dia tgh pregnant boy plak...setahun sorang...hehehhe...apapun, mai nak tunjuk gmbr serta menu yang di order oleh puan Farah, selaku ketua yang handle majlis ini..terima kasih ,yah...hehehhehe...majlis ini bermula jam 6.30 dan berakhir jam 8...kita layan gambar ek...

anas , isteri dan zara..

ikan kerapu sweet sour..pergh...sedap ni..

daging masak merah..

tomyam ni sedap gak ..huhuhu..

telur dadar pun sodap time puasa ni..

kurma dan ulam timun serta sambal belacan..

kuih yg dibawa khas oleh an dan suami..tima kasih kepada penaja kuih..hehhehhe..

alahai, yanie amik aura tu...

wawa yang sanggup turun dari Penang...dan penolong pengarah JKR, suhaimi...

budak yang menjadi tumpuan, Zara...bakal dapat adik plak tahun depan...insyaallah..

nak amik gak gmbr dengan Zara...ni, nak nangis ke nak senyum ni??hehhehe..

anas, mengumpat aku la tu kat anak dia...hehhehe.....baik sungguh anak beranak ni...hehehhe...

dah...kami habis makan malam tu dgn Kos RM 330.40 dan dapat diskaun rm5.40 diberi elaun kepada bendahari kelas..hehehhe...aku lah tu....appaun, kita harap next year boleh buat lagi majlis sepeti ini..hehhehe...next year harap2 ramai lagi la dari hari ni..ok!!!see you next year guys!!
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

orang itu..

Posted by alifah@along at 10:07 PM 3 comments
별을 좋아하는 사람은 꿈이 많고, (byeoreul johahaneun sarameun kkumi manko)
Orang yang suka bintang itu orangnya pemimpi
비를 좋아하는 사람은 슬픈 추억이 많고, (bireul johahaneun sarameun seulpeun chueogi manko)
Orang yang suka hujan itu orangnya melankolis
눈을 좋아하는 사람은 순수하고(nuneul johahaneun sarameun sunsuhago)
Orang yang suka salju itu orangnya tulus
꽃을 좋아하는 사람은 아름답고, (kkocheul johahaneun sarameun areumdapgo)
Orang yang suka bunga itu orangnya romantis
anda, mana satu?
Continue Reading

Thursday, February 2, 2012

EMAS oh EMAS... (part 1)

Posted by alifah@along at 7:44 PM 0 comments
wah..tajuk tak blh blah..
actually, aku nk share business yg kwn adik aku dah buat 1 tahun dah...aku baru tahu rahsia dia ni...rupanya dia main EMAS.. 
korang ada 20k, korang beli emas dgn 20K ni, dpt la 100gm emas..monthly plak, dpt rm500 (2.5%) setiap bulan selama 6 bulan...selepas 6 bulan, kena update harga emas semasa, utk nak mula balik main. kalau harga emas masa tu, jatuh , cthnya rm18K la, company still akan byr korang balik rm 20K, sepertimana korang beli dulu...lepas tu, beli balik emas dgn harga baru tu, dan dpt plak 2.5% dari harga semasa beli utk dpt selama 6 bulan lagi..menarik bukan? yang penting, emas 100gm tu, mmg kita boleh pegang sendiri dan blh di pajak ke mana2 bank utk rolling modal/beli emas lagi satu..
setakat ni, business emas yang ni paling selamat dan menguntungkan..saper nak bagi 2.5% dari duit simpanan kalau simpan kat bank oiii...
so, kalau ada yang berminat, blh la hubungi saya sendiri di email saya alifahnaba@gmail.com ...
*ini bukan business MLM..ok!!
Continue Reading

Thursday, January 5, 2012

semoga SYAHID milikmu.. (part 3)

Posted by alifah@along at 9:08 PM 0 comments
salam...rentetan dari episode 1 dan 2...
akhirnya, suami arwah Noria Idris approve jugak saya sebagai kawan dlm FB...so, blh la tahu serba sedikit mengenai Rayyan Ikhwan...

"06.01.12 - Genap 2minggu usia Rayyan Ikhwan..anak ini masih brjuang utk hidup..Allah ul Karim..aku memohon smbuhknlah dia dgn kesihatan smpurna..berilah ketabahan & semangat juang yg tinggi..berilah dia peluang mmbalas pngorbanan ibu & ayahnya..Allahuakbar..aku memohon padaMu ya Allah.."
"1030am, 06.01.12 - sudilah kiranya, shbt2 dpt mndoakan keselamatan & kesihatan yg smpurna buat anak saya, Rayyan Ikhwan yg kini masih di Wad 2, HRPZ II..sudah celik mata, namun masih belum dpt merasai air susu breastfeed ibu saudaranya.stakat ini, tiub dimasukkan dari saluran tekak terus ke saluran perut baby.moga barakah & doa shbt2 di hari Jumaat dimkbulkan..jika tidak keberatan, dpt solat hajat.."
Semoga Rayyan kuat ya... Amin... 

Continue Reading

Saturday, December 31, 2011

Happy 2012 ..pung pang pung pang!! (bunyi bunga api)

Posted by alifah@along at 8:38 AM 4 comments
kita mulakan dgn sekeping gambar sahaja terlebih dahulu... so cute henna? (bhs hindi plak)..ni, kira azam utama la :) azam kecik2, byk lagi..antaranya, rajin menulis+merapu+meluahkan dlm blog saya ni :)
u hope...u hope...
lukisan yang cuba memberikan semangat 2012!! amin....kena rerajin la pergi true fitness tu ya alifah...
* bunyi bunga api camna ek? pung pang pung pang ke dusshhhh dushhhh??ke camna bunyi dia ek? jenuh aku bertekak dgn member aku ni...
*sesiapa yang ingin membuat tempahan gambar potret, hubungila aku..tak byk sangat kos nya :)
Continue Reading

Tuesday, January 11, 2011

eh eh eh, baru perasan..

Posted by alifah@along at 1:43 AM 3 comments
 actually...saya baru terperasan..rupanya tajuk entry yang kami kena tag rupanya seakan2 akan sama...sumpah aku tak tiru dia...dia ni mmg kadang2 ada persamaan dgn aku...ye la, namanya dah kenal 10 tahun kan...dah tau mcm2 dah tentang si dia...termasuk entry yang dia buat di sini dengan entry yang aku buat di sini...tajuk je hampir sama ok...aku spell kena jugaaa...dia spell kene jugakkk...hehehhe..serius, saya tak tiru dia wpun dia post dulu entry nih...baru terperasan jam 5 td...hehhehe...apapun, mmg dia selalu seiring sejalan dgn saya...yela, kami je yg bujang dalam BTB..huhuuh...itulah dia, si sengkuang, si udang dan si yuwa saya....

 dua-dua hantu air..suka main air la...

dua-dua suka pose gini

  dua-dua suka buat peace

  dua-dua sawan gambar

dua-dua mmg sawan gambar lagi...

*nak citer, sampi pernah sorg guy ni tanya, "wawa ni, selalu ikut dan ada kat mana along ada ek?"hehhee...aku senyum je...dia pun kata.."dia mmg pengikut along ek??"bantai gelak aku...yela...dia je kawan yg tak kawin dan selalu follow saya...
**touching tak Yuwa entry ni??hehehhee...malam ni jgn lupa g berenang2...

Continue Reading

Sunday, November 28, 2010

lagu lama...

Posted by alifah@along at 6:08 PM 3 comments
lagu lama, adakah saya seorg perempuan tua...oh noooo....tp, saya suka akan antonasi (ewah!) lagu lama ini...walaupun lagu lama...tp, suara dan susunan muziknya amat lumayan...makcik salamiah nyer suara ni ada getah la...hehhehee....actually, mula minat dgn lagu ini selepas menonton satu cerita drama kat Astro Prima ni...
selepas berjaya mendownload lagu ini, rasa nk dgr sampai sejuta kali...hehehhee....tp lirik nya mmg pilu sekali ya...

Gelombang by Salamiah Hassan

Nasibku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas di pantai
Semalam aku ternoda

Dalam sinar cahaya di jendela
Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Sinar hidup ini tiada erti

Hidupku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segala
Perasaan dan harapan
Untuk hari esok tiada lagi

Oh Tuhanku
KepadaMu ku pohon ampun doa restu
Lindungilah daku yang tidak berdaya
Di bumiMu ini

*tima kasih la kepada cik wawa yg bgtau nama lagu ni...
**kesian la org2 sekeliling aku kat ofis ni, sbb aku duk putar lagu ni je... naik muntah la...
Continue Reading

Wednesday, November 3, 2010

touching siot...

Posted by alifah@along at 6:22 PM 5 comments
...lama dah aku rasa tak menangis...tp, bila baca story ni, tetiba je nangis...huhuhuhuu....aku terbaca dlm FB td...citer ni, aku just nak share la dgn korang la....

copy n paste..

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

sedih kan??serius sedih....
aku harap, takder la dikalangan kita berperangai sebegitu terhadap anak2 kelak...ok!!!

          hi, nama saya Damia!! comel tak saya...saya anak sedara Kak Alifah tau..
(sekadar hiasan)
     hi, nama saya plak Dhia !! ..saya plak adik Kak Alifah tau..saya minat abg Ipin...
(sekadar hiasan)
Continue Reading

Friday, July 16, 2010

Damailah kau di sana sahabatku Mohd Ramin B. Mohd Amin...

Posted by alifah@along at 12:42 AM 5 comments
kronologi pemergian seorg insan bergelar sahabat..
ahad (11/07/2010 jam 11mlm) :
perkabaran berita kehilangan arwah..panggilan telefon dari encik Rohaidi (x boss arwah).
isnin (12/07/2010):
kehilangan masih menjadi persoalan...nurul, mak arwah dan ayah nurul ke India..
selasa (13/07/2010 jam 12.15 tghari):
kehilangan terjawab..yang tinggal hanya jasad kaku tidak bernyawa..
rabu (14/07/2010):
isteri arwah memaklumkan jenazah akan tiba pada khamis 15/07/2010 dan akan disemadikan di kampung halaman arwah..
khamis (15/07/2010):
jenazah tiba dengan selamat di KLIA cargo. teman-teman, sahabat handai memberi penghormatan terakhir kepada arwah..disemadikan dengan aman di tanah perkuburan kg. air hitam pantai...

walaupun tubuh kaku arwah tidak dapat dilihat oleh sesiapapun, kerana ia menjadi peraturan bahawa keranda arwah telah di paku sekemasnya oleh agen India, kami amat sayu sekali kerana hanya keranda berwarna hitam yg mampu kami ratap...

ku rasa baru smlm kita bertemu di KLIA
kini sudah berpisah buat selamanya
kami masih mendengar DIA ketawa
kami masih mendengar DIA bergurau senda
kami masih dengar lawak jenaka darinya
kami masih berbual mesra dengannya
kami masih duduk bersama2
kami masih makan bersama2

itu kenangan terakhir kami bersamanya
kenangan sebelum DIA pergi buat selamanya
dan akan kami kenang buat selamanya
wajahmu tidak akan kami lupa
akan trus tersemat dalam hati kami sampai bila2
kerana KAMU insan istimewa

perkabaran duka ini
kami terima dgn hati terbuka
kami redha YA ALLAH
NAMUN kami mohon padaMU YA ALLAH
tempatkanlah DIA di kalangan orang beriman dan beramal soleh

DIA,
kawan yg baik
dan kami mohon KAU berikan tempat yg terbaik untuknya di syurgaMU YA ALLAH

AMIN...

Continue Reading

Monday, July 12, 2010

perginya seorg teman..~~

Posted by alifah@along at 10:10 PM 7 comments
tak tahu nak mula dari mana....yg aku tahu, menulis dalam mode sedih...pemergian seorg teman baik, penceria hidup kami, suka bantu kami dlm kesusahan, suka blanja2 kami dll...pendek kata, he's everything for us...

"DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita pergi"
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun

Semoga diampunkan segala dosa-dosanya di dunia, dan semoga rohnya dicucuri rahmat agar tenang di sana hendaknya.
AMIN

last moment bersama arwah... 26/06/2010 Klia

Al-Fatihah Buat..
Mohd Ramin bin Mohd Amin
12/06/1982 - 13/07/2010
Continue Reading

Sunday, May 16, 2010

..:: otanjoubi omedetou gozaimasu::..

Posted by alifah@along at 6:11 PM 7 comments

happy birthday to me..
happy birthday to nur alifah...

owhhhh....sudah 28 umur ku...tua kah aku??atau masih sweet 28??hehehhee...apapun, cabaran hidup perlu diharungi sekentalnya, ewah!!tahun ni, aku agak terharu..kerana byk sekali ucapan melalui SMS/FB atau LIVE dari kawan2/sedara2 kepadaku...amat terharu sekali beb!!thanks to all!!
tahun ni, lebih bermakna lagi, tarikh 16mei menjadi tarikh pilihan kami utk gathering SMZ1...bertempat di Sunway PYramid, Subang..dengan ahli seramai lebih kurang 30 org...dengan jayanya...acara dimulakan dengan makan2+memanah+boling+karok2...perghhhhh....sungguh seronok walaupun mmg penat bangat...
tgh2 bergalok2..suprise cupcake dipersembahkan kepada hamba semasa dalam bilik karaoke yg VVIP tu...lagi rasa terharu...cupcake pertama khas utk saya!!hooreyyy!!!!merasa gak aku celebrate dgn cupcake yg cute+sedap tu...thanks again to all zainabian...

sweet tak cupcake ni??hehehhee..

semua ucapan dari sahabat2 diucapkan terima kasih...semoga rezeki umur 28 ini bertambah2 dan impian tercapai..aminnnnnnn...terima kasih ALLAH kerana masih memberi peluang kepadaku hidup dalam suka duka sepanjang 28 tahun ini...aku redha dan pasrah dgn dugaan serta cabaran selama 28 tahun ini...serta kebahagian yang engkau limpahi..amin ya rabbal alamin..
Continue Reading

Monday, May 3, 2010

kalau diberi peluang..

Posted by alifah@along at 12:15 AM 5 comments
salam all..
aku nak skip dulu la pasal bandung hari kedua tu...
nak mengadu, merintih, merayu skit ni...
sesungguhnya aku rasa, aku dah bosan dgn profession diri aku skrg ni...bukan bosan nak jd QS, bukan bosan nak jadi Penolong Pengarah...tp, aku dah kira kategori fed-up dlm status sambilan aku kat ofis aku ni...nak harap org atasan tolong aku??lmbt lagi weih...ntah tunggu 20 tahun lagi pun belum tentu mereka serap aku ke jawatan tetap...
so, nak tak nak...aku cuba dan terus coba utk mencari keperluan diri ni, ewah!! bukan terlalu memilih...tetapi, hati ini perlukan kepuasan beb....
so, berbekalkan satu semangat baru (ntah la tetiba ianya muncul)...mungkin ini jalan sebenar hidup aku....kalau aku diberi peluang utk menggalas profession guru sebagai jalan hidup aku utk hari kelak, aku redha dan aku berhasrat ingin menjadi guru yg paling sporting+baik+mesra gitu+beragama....insyaallah..tetapi, adakah peluang itu akan muncul??nantikan keputusannya nanti...baru hantar borang kat universiti ni weih...
semasa aku isi borang ni, fakulti yg tawarkan guru DG41 ni, adalah Fakulti Permata Pintar Negara..aku tak tau apa2 pun pasal program ni...tp, tghhari td, masa aku hantar borang permohonan ni, ada sorg x-student yg memohon benda yg sama dgn aku ni, aku tanya dia pasal fakulti ni...katanya, program ni, adalah baru dan utk mengajar anak2 pintar nanti..wah!!ye ke??allamak...mampukah aku??apapun, kalau ada rezeki dan diberi peluang, insyaallah, aku akan menjadi tokoh guru nanti...korang nanti tgk la...hehhehehe...(awal2 dah koya)....tp, aku mmg seorg yg bermotivasi gak kadang2...ewah!! DOAKAN aku ya, kawan2...
Continue Reading

Tuesday, April 27, 2010

gerak gerak BANDUNG (hari 1)

Posted by alifah@along at 7:01 PM 7 comments
salam ALL....
seperti yg diketahui..23-26 april yg lepas, saya telah membawa diri ke suatu tempat yg ammmmmmat seronok utk menshoppingkan diri..ewah!! gerak-gerak khas BANDUNG ini disertai oleh 5 org bangsawan...aku, wawa, anim, ina and zaki...

(beg sebelah pergi=sorg satu...hehhehe)
kami kuar rumah ke station putrajaya sentral jam 7 pagi (giler awal..kalau pergi kerja, baru nak g mandi2/iron baju ni...hehhee)..kami park keta kat putrajaya sentral, amik KLIA transit, ke salak tinggi dan naik bus ke LCCT..disebabkan dah check in awal2 dari rumah, so, takder la kami berkejar2..breakfast jap..dlm kul 9, kami masuk...pastu, check2 kami nyer pasport, siap kena marah, sbb dah lambat..hehheee...aku ingatkan, ok jer time tu...sbb, baru jam 910 gitu la...berkejar2 la kami takut kena tinggal..hehhehe...tiba2 dgr announcement, flight delay...cesssss....so, tunggu punya tunggu...takla lama...dlm setgh jam gitu, kami pun diberkan masuk...kira2 bertolak jam 1005 dari LCCT..tiba jam 1115 waktu Bandung (1215 waktu mesia)...perjalanan memakan masa 2 jam je la..

(welcome to bandung, indonesia)

lepas dah check2 pasport, kami ber5, gerak2 mencari hotel/motel/hostel...1st2, kami ke Karmila hotel, penuh..next, Rumah Ebo pun penuh...pastu ke Patradissa Jln Wastu Kencana..nasib baik ada....perghhhhh...lega....lain kali, kalau nak pergi mmg kena book la weih...mmg ramai sgt rakyat mesia+jakarta turun ke Bandung ni kalau time cuti rupanya....x-tually, kami nak ke Moritz hotel...tp, mengikut pakcik teksi tu, tempatnya JELEK...so, kami tak berani la palk..dgn pempuannye 4 org, lelaki nya sorg....baik tak payah...kalau nak ikutkan, masa 1st time aku p sana 2 thn yg dulu, aku dah pernah duduk kat situ...mmg murah gilers hotel tu....pelancong mmg ramai kat situ...ada yg sewa samapai sebulan kat Moritz tu...bayangkan, dalam RM10 je satu malam...tp, sbb nak menjaga anak2 dara ni semua, kami pun tak jadi la ke sana...hehehhehe....duduk la kami kat hotel Patradissa tu...ambil bilik family room 375ribu utk satu hari (dlm RM137.250, kira ok la dari tidur kat masjid..hehhehe...nasib baik ada hotel ni...hehehhee...oh ya, lupa nak bg tahu kos teksi td...(airport~karmila~ebo~patradasissa=200 ribu utk dua teksi)..memang ketuk punya la...200 ribu=RM73.20...so, RM 36.60 la utk 1 teksi...

signboard hotel kami bersama modelnya...
lepas check in, solat jap...kami kuar la ke Jalan Merdeka utk acara makan-makan....makanan pertama kami di bandung mmg manisssssssss....manis dia lagi manis dr masakan kelantan weih..aku yg kelantanese ni pun tak tertelan...wawa lagi la tak tertelan...ayam goreng manis giler....hahahhaaa...band mknn indon di situ...hahhaha....

makanan pertama di restoran Baso Malang Karapitan, Jln Merdeka,Bandung ini dalam 245ribu = RM 89.67...utk 5 org...kira ok la...tp, mmg malang la...manisss..
lepas tu, kami ke kedai sebelahnya...hehehe...kedai ni, mcm ku kenal...sbb pernah ke situ dua thn lepas....kedai ni nama di Merdeka Factory Outlet....perghhhh....makin byk bajunya....hehhehhee...survey dulu beb...jalan2....aim apa yg nak...byk ni...byk...hehhehe...

(our first Factory Outlet)...masa ni, tak kehabisan duit lagi...hehhehe...cuci2 mata sahaja...

lepas tu, jalan2...byk gak jual CD/DVD...tp, agak mhl jugak disana dlm 8ribu=RM 2.90...lek lu..tak beli lagi...sbb nak g kota Kembang utk shopping DVD....hehehehe/....

DVD oh DVD....gilerssss.....
next destinasi, kami nak ke Grande Factory Outlet in Jalan Dago, Bandung...naik angkutan kota ,okay!! oh, i will survive!!

angkutan kota...kalau nak turun say KIRI..okay!!hehehhe...cukup murah..tambangnya, area 1500-2000 seorg ( dlm 55sen-75sen)...
sesampainya di Grande, perghhhh.....wawa dah kebas satu cardigan, hehhehe....cantik...pastu, kami dikejutkan oleh satu suara yg agak lama tidak kedengaran...hahhahaa....tu dia...jumpa kakak ni kat kota Bandung...oh kak ana, sudah lama tak jumpa, tp, jumpa2 di Kota Bandung..hehhehee...

aku, kak ana n wawa...
lepas tu, kami jalan2 la kat jalan dago ni....jalan kaki je tau..hehehhe...bengkak kaki2...

dah round2 sampai malam...perut dah lapar la plak...hehhehe....nak makan mana agaknya...janji jgn manisssss seperti td...hehehhe....kami pun deal la nak ke Simpang Raya...punya la naik angkutan kota...sampai akhirnya ke Restoran Simpang Raya....kalau korang nak tau, kat Bandung ni, ada 2 restoran Nasi Padang /Minang yg femes dan sedap gilers la...satunya Restoran Simpang Raya dan satu lagi Restoran Sederhana...ada byk branch dia kat Bandung ni...tp, restoran yang kami tuju ni, macam dah nak tutup...so, kami amik keputusan makan sunda la kat restoran sebelah...hehhehe...makan la kat situ...makan malam pertama kami dalam 325 ribu @ RM 117.48..huhuuu...boleh tahan mhl jugak la...tp, lantakla....duit byk lagi time ni...hahhaha....bawah, gmbr restorannya...namanya Bale Gazeebo, jln. Surapati..

setelah selesai makan...nak balik umah dah la...jom naik angkut lagi sekali...
kali ni, kami ckp, kami nak ke Jln Merdeka, sbb budget blh je jln kaki kalau nak ke hotel....pastu, ronda la kami naik angkutan ni...pastu, tiba2 dia kata, ok, kat sini ya Merdeka...kami rasa pelik sekali tempat ni...tgk2, rupanya hantar ke Merdeka apa ntah..lupa dah.. tak pernah plak kami sampai kat sini....disebabkan kami dah turun dan dah bayar 10ribu utk angkut tu, kami pun cuba cari jln pulang sendiri....oh ye, sebelum pulang, kami cari simkad indon la senang skit nak berkomunikasi dgn rakyat mesia..hahhaha...saya beli SIMPATI (ala2 maxis indon gitu la)..10ribu utk kad+11 ribu utk topupnya= 21 ribu la semuanya (rm 7.70 je)...pas dah beli tu, kami pun tanyala sipenjual kad tu, utk ke hotel kami...dalam 2 km kami jalan kaki, pastu, sampai la ke tempat yg ditujui...huuuhuu...dalam kul 1030 (1130 waktu mesia) kami sampai hotel...tidur krohhhhhhhhhhhhh......abis hari pertama....
Continue Reading

Wednesday, March 31, 2010

pejam celik..pejam celik...

Posted by alifah@along at 2:03 AM 3 comments
hi guys...
pejam celik..pejam celik, dah lebih sebulan aku tak menulis dlm blog ni..hehhehe....akhirnya, tebuka plak hati nak menulis (selepas di push silent reader i, OGY...hehhehe)
xtually, tak der sgt nak citer kat sini, just summarize la bulan mac punya hal...bulan ni, bulan agak tak ceria bg aku...sebab, 2 kali mengalami sakit pinggang...sakit pinggang ni, bukan sebab period pain ke, jatuh longkang ker...tp, ntah..aku pun tak berapa sure sebab apa...tapi yg sure nya, ianya berlaku sbb aku byk drive, buat kerja sambil duduk (maklumla, kerja dari pagi sampai ke malam) hari2 pergi KL (2 nd office utk mencari rezeki..hehehhe...sedih plak bunyinya...)
penyakit sakit pinggang aku ni, mmg serik weih...sampai, once bila aku dah duduk kat sofa ke, tidur ke, time nak bangun tu, mak iiii, sakit nye kat pinggang tu, Allah je yg tahu...pastu, nak tegakkan badan aku tu, amik masa skit...mcm nenek2 si bongkok 3 gitu...gaya org pregnant pun ada...duk pegang pinggang jer...
citer pasal ubat-ubatan, dah hampir setengah botol nak habis aku lumur kat pinggang aku ...minyak panas plak tu...tp tahan la skit bila dah letak minyak...kalau kat office, aku terpaksa letak koyop (betul ntah ejaan aku) yang besar punya kat pinggang tu...pastu, dah 3 sakit tu berlarutan, aku dah tak tahan, aku pun pergi mengurut....ni 1st time pergi mengurut...urut satu badan plak tu...haaaaaaa...citer pasal mengurut....tempat sakit tu, akak tu tekan, aku menjerit..sakit weih..tp, kalau tempat tak sakit nyer pun aku menjerit kegelian...specis geli aku ni sebenarnya..hahhaha....serius beb, geli....hahaha....lepas mengurut, aku rasa ok la skit...angin2 satu badan kuar..perghhh....lega...
3 hari kemudian, badan dah rasa ok...aku pun pergi main volley ball n netball...konon2nya, nak exercise la...takpela..pergi la...main tu, mmg sepuas2nya la...aktif katakan....haa, tu dia..lepas je main, aku balik mandi, then sleep( tabiat org over letih gitu)...pastu, aku bangun...maaaakkkkk....sakit ku kembali...aduhhhhh.....sakit semula pinggang aku....tu la, saper suruh ko pergi bersukan!!!padan muka sendiri....hahhahaha....kali ni, aku tak pergi mengurut...aku tahan sakit tu 3, 4 hari...beransur pulih....aku serik ke takut ke malas nak g mengurut??aku pun tak tahu...hehhehee...
pastu, selepas kejadian itu, aku perasan, setiap kali aku drive, aku akan rasa semacam ke kat betis n pinggang aku...adakah otot aku telah membengkak??atau lemak aku yg membengkak??hhhahhahaa......aku pun tak tau...kena p jumpa doctor agaknya....nak jumpa Dr pun takut....senang jer aku, tanya pendapat kawan2 aku yg Dr, bukannya nak pergi Hospital...takutkah aku pada Hospital??kata kerja Kementerian Kesihatan Malysia???hahahhahaaa...no komen...

muka eksyen jadi GA...tp, tak sangka plak, aku blh score byk...dah umur 27 ni, baru aku tahu kelebihan aku utk jd shooter...kenapa dulu, cikgu2 aku tak mengesan kelebihan aku ni???hahhahaha...riak...
Continue Reading

Sunday, January 3, 2010

lawak sorg2...cerita park and ride...

Posted by alifah@along at 5:09 PM 7 comments

...setelah menerima memo dari KSU kementerian pada khamis lepas, mengatakan, semua staf tidak dibenarkan parking di laluan utama parcel E, dan meminta semua staf menggunakan Park and Ride yg disediakan...semua wajib berbuat demikian, dan akan menyaman bg kereta yg ingkar...

hahhahaa....lawak di pagi hari 4 jan 2010..aku pun dgn semangat luar biasa, keluar dari rumah awal 45 minit dari biasa..aku kuar 7.15 berbanding kul 8.00 sebelum ini...konon2, aku kuar awal, dpt la aku ke tempat parking yg agak jauh sedikit tetapi masih didalam kawasan Parcel E...tetapi, jamm giler kat area rumah aku dan jamm gak dekat putrajaya, memaksa aku utk melencong ke Paark and Ride yg disediakan...aku budget mesti ramai la org park kat sana...

hahhaa...sesampainya aku disana, hampeh!!penuh parking KOSONG!!hahhahaa....lawak2 dan takkan la aku nak kuar balik dr kawasan itu...so, nak taknak, aku pun park la keta...

aku, antara org skema..parking kat PnR..

pastu, pergi la tempat parking bus...damm!!aku sorg jer rupanya PELANGGAN dia...hahhahaa...aku gelak sorg2...pastu terfikir..kalau la aku sampai office nanti, tgk2 aku sorg je Park n Ride, mmg lawak la...skema giler aku...hahahha..pastu, aku pun borak dgn pakcik bus.."pakcik, saya masuk kul 8.30, skrg dah kul 8.15, sempat ker ni??dah la jamm plak kat sana.."..pakcik tu pun kat'"eh, sempat..jgn risau.."..bukan apa, aku pikir, dia nak wait org kasi penuh bus dia la, baru nak gerak...pastu, 5 minit tunggu, pakcik tu pun panggil aku dan nak bertolak katanya..pastu, aku byr 50sen.hahhahahaa...aku sorg jer dlm bus itu...pakcik itu terpaksa bergerak dengan pelanggannya aku sorang yg telah membayar 50sen..hahahhaa...lawak...pastu bergerak la bus...nasib mmg begitu baik, tak jamm langsung...5minit kemudian aku sampai...then, berjalan menuju ke office...sempat punch 8.26..hehehe...berjaya misi menaiki bus...

tiket 50 sen

pelanggan tunggal ..hahhaa..tgk, mana ada org dibelakang seat aku ni..hahhaa

kesudahannya, sampai office, tanya semua org..takder sorg pun yg Park n Ride...aku sorg je....terasa amat SKEMA aku di waktu ini...hahhahaa...bengong!!pastu, mula menanam niat nak beli motosikal nih...hehehhe...tp, kena survey harga dulu la...

tempat parking aku yg telah disita..huhuuh...
Continue Reading

Thursday, December 31, 2009

azam oh azam...

Posted by alifah@along at 12:07 AM 6 comments
azam oh azam...begitu cepat masa berlalu...baru jer aku rasa sambut nuyear 2009...malam ni dah nak sambut nuyear 2010...mak iii...lagi umur aku meningkat...hehehhe....mcm mana ni??...

ok la, actually azam aku utk 2009 sebenarnya belum tercapai lagi, dah nak tahun baru 2010 dah..kita mmg tak der hak dan kuasa utk stop kan masa...ianya berlalu sekejap sahaja...hehehee...so, macam biasa, aku forwardkan azam thn lepas ke tahun ini plak...hahahhaa...sebenarnya aku ada beberapa azam yg nak share la ngan korang..itupun kalau korang peduli la kan...hehehhee...kalu tak peduli..nak buat camna..saperla aku ni..huhuuuhu

pertama: azam ni, dari tahun lepas, aku forward ke tahun ni...hehehhe...azam aku ialah aku mau SLIM...hahahhahaa...poyo tak???bukan apa, aku dah letih actually dgn berat badan aku ni...lagipun, badan tak berapa sihat sejak kebelakangan ini...huhuuuuu...so, utk menguatkan azam aku ini, aku target nak shopping sluar dan baju size baru nanti pergi ke Bandung bulan 4 ni...hahahahhaaa...poyo...

gambar hiasan : jeans LEVIS yg dijanjikan oleh 2 kwn aku kalau aku kurus...hehehe...kalau mintak dgn model ni skali, boleh tak??

kedua: azam tahun lepas yg masih tak tercapai...apa dia ek??hehehhee...aku nak KERJA TETAP...bersama KERAJAAN, okay!!hehehhee...yang ini aku mmg tunggu lama dah....aku mmg nak kerja dgn KERAJAAN sbb aku dah bosan diperkotak katekkan bila kerja dgn syarikat swasta ni...hehehehee....tolongla aku wahai en. NAJIB...heheheh...

ketiga: aku nak perbaiki semua kelemahan diri dalaman dan luaran aku...dan aku inginkan SEMANGAT baru dan berani utk mengharungi semua dugaan yg menimpa (even korg nampak aku happy jer sokmo...tp, sebenarnya tidak yg disangkakan...)hehehe...juga menjadi insan yg baik disisi agama..insyaallah...

keempat: aku nak beli MOTOSIKAL la plak...kembali utk merempit...itu adalah azam aku yg muncul baru2 ni jer...bukan apa, di Putrajaya ini nanti, akan memaksa semua staff utk parking ke Park & Ride..maksudnya, staff Kementerian diwajibkan park keta masing2 kat satu tempat dan selepas itu, kena naik bus ke tempat kerja...tak ker giler, gaya mcm tak der keta plak, kena naik bus...eeee...dahla area umah aku tu selalu jer jamm (selalu jd sebab kelewatan ke tempat kerja then kena perli dgn boss..."kamu ni, takder sebab lain ker, lainkali dtg la awal ski"ayat boss aku kat aku ...)so, aku kalau ada motosikal, aku rasa semua masalah ini akan settle kut...hehehe..kena cari duit lebey la plak...hehhehee...ke, ada yg nak sponsor pengemis ni???hehheee....

kelima: azam seterusnya, aku nak jadi MENABUNG WANG yang teratur skit utk tahun 2010 ni...hehehe...sebelum ni, kalau simpan jer duit, habis...asal ada duit lebih jer, aku suka habiskan...so, utk tahun ni, aku akan menyimpan dgn teraturnya..insyallah...kurangkan aktiviti shopping aku dan aktiviti bedeghak ku..hehhee..(tp, aktiviti melancong ni, susah skit..sbb tu yg tu sbb ini dikecualikan..hehhee)

keenam: hehhee...yg ni...mcm privacy skit..tp, takpe la..aku bgtau jerla...azam terakhir utk tahun 2010 ni ialah perKAWINan..hahahhaa..mau kawin dgn siapa??so,azam tahun ni, aku harap ada la Mr.Right datang melamar aku...macam sedey pun ada...hahhaha..Takuya Kimura ke??hahhahaa...aku tak demand tinggi...janji org itu blh let go dgn aku...memahami aku..dan paling penting..terima aku seadanya dan sayang kat aku le..hehhehe...takkan nak kawin dgn org yg tak sayang kita kan??dan yg penting...aku memang tidak mementingkan keHENSEMan dan keKAYAan org itu..ewah!! aku takut adik aku kawin dulu jer ni...hehhehee....

gambar hiasan : takder kena mengena dgn azam :)

ok, ada 6 semuanya...boleh tak aku capai tahun ni??hehehhe...kita tunggu dan lihat je ek??...sama2 kita berdoa utk semua...insyaallah, azam kalian pun turut termakbul..aminnn...
Continue Reading

Thursday, October 1, 2009

fuhh..punah ranap impianku!!

Posted by alifah@along at 8:35 PM 8 comments
Fuhhh..ranap la impian ku….selama 3 bulan aku menanti…korang tau, aku dah semalam lagi menulis benda ni,..Cuma disebabkan blog kat office kena block, so skrg baru blh aku nyatakan di sini..huhuhu…frust bkn main lagi ni…tp, nak buat camna, keadaan tidak mengizinkan aku utk menemuimu, ewah!!(bunyi mcm org bercinta plak..hehehhe)..

Actually, aku nyer plan nak ke Padang, Indonesia 22.10 ni..tapi, disebabkan earthquake yg berlaku itu, kami sepakat, tidak akan teruskan niat kami itu…bak kata salah sorg dari kami..”along, dah 521 dah hok mati, kita tak payah g tambah lagi la dok?”hehehee…mulut dia….walaupun, niat kami memang nak ke bukit tinggi (dalam sejam dari kota padang) tetapi, mcm mana sekali pun, kami kena mendarat kat Padang gak…huhuhu…

Apapun aku memang bersimpati sgt2 la kat mangsa di sana…(ada gaya menteri tak??)ada hati aku ni nak jadi menteri ya….hehheheh…berita hari ni, dah +1000 yang meninggal…
kemusnahan memberi kesan yang besar kalau aku nak ke sana gak…antaranya:

1) petrol kat padang dijual dgn harga rm30 selitre (sbb ramai nak isi minyak dan lari ke tempat2 lain dan hanya beberapa station shaja yg boleh berfungsi utk mengepam minyak..kesian)..mcm mana la kalau aku nak ke sana, confirm la harga transportation mahal giler (kecuali ko bwk minyak dari mesia..hehhee)..air asia lepas ke bg bwk minyak naik flight???

2) makanan padang: confirmla takder org yang nak berniaga time ni…org giler jer yg berniaga…tu pun, mesti mknn yang diorg jual semestinya, kotor..huhuhuhu..(takkan, nak bwk roti jer kalau pergi sana…)

3) Tempat tinggal@hotel: banyak yg dah ranap nyer…kalau ada dan boleh duduk pun, aku tak berani dah…(takkan nak berkhemah plak??mcm wartawan blh la kut..hehheheh)…

4) Pemandu pelancong: confirmla takder org nak jd pemandu pelancong utk kami….diorg ni mesti nak fikir nak selamat diri sendiri dan keluarga la…(ada masa lagi ker nak bekerja??) tp, korg jgn tak percaya, kawan kpd kawan saya yang berada kat bukit tinggi kata, diorg takder apa…kat bukit tinggi ok…(gayanya, mcm mintak kitaorg p sana gak…ada ker patut???tak berani i..rela burn tiket lagi kut….)

5) Tempat shopping: yang ni paling memberi kesan kut…takkan ada org nak jual2 kain+telekung+langsir kut…kalau jual pun, mesti murah giler la…(best gak shopping time ni..hehehhehe..silap hari bulan…lelong sampai 90 % kut…jgn cari nahas meklong..hehhehehe….kirim kat abg2 wartawan jerla….mcm la aku ada kenal wartawan..hehehhehe….adik kwn office ada pergi sana…adakah dia menjadi mangsa utk kirim brg??confirm kena marah…hehehhehe)….tp. klau ada yg menjual lelong pun, confirmla berhabuk giler kan???kesian la kedai2 dan modal2 makcik yg berniaga kat sana kan??besar betul dugaan mereka..dah la tak berduit sgt…mmmm….kesian again…

Eeee….dari pemerhatian dan ulasan di atas, confirmla, aku tutup pintu hati aku nak ke sana..even ada sorg kwn aku pernah kata…”ala, tak der apa nyer long…”…..eeeee..tak nak aku p….
Apapun,
takziah utk Indonesia…

kenangan tiket ku abadikan di dalam blog ini…

sambil terfikir rupa anak best buddy aku...anak dzu yg tak lama lagi nak kuar..dan anak an...mesti comel mcm baby ni kan??...

**post raya 2009 aku hutang lagi...
Continue Reading

Sunday, September 6, 2009

makan BESAR oh makin BESAR...

Posted by alifah@along at 6:09 PM 4 comments
heheheh....makan besar berturut2...jumaat lepas kerja, dgn gang2 KKM, pergi berbuka sesama kat Restoran Soeul Bulgogi (an, aku hutang kamu kat tempat ni..hehehhe...nanti ek..)...perghh, puas hati mkn kat sini...memang aku dan rakan berpuas hati ler dgn restoran ni..terletak ditengah2 kotaraya KL..kat Plaza Pantai, sebelah federal tu...rm 43.60 sekepala...kira ok sgt la kut sbb mknn dia mmg tip top la...buffet ramadhan yg paling berpuas hati setakat hari ini...mai tunjuk gmbr mkn kat restoran ni..aku jamin la, korg yg dari Johor ke Penang ke (tujukan utk pid, noma and wawa yg jarang2 nak dtg KL) mesti ada rasa nak dtg sini..hehhehe..layan...

steamboat..

mknn kami yang lain2..

penulis yang berpuas hati...

next, nak cerita pasal pertemuan plak..ewah!!blog ni ditujukan khas utk saper2 yg tak dapat datang (kasi jeles punyer..hehehhe)..
ramadhan gathering, acara tahunan yg biasa kita buat, kali ni, berlangsung kat shah alam (restoran shid, padang jawa)..hari sabtu (05.09.09)...seramai 15 ahli yg datang memeriahkan keadaan...frust gak tak ramai yang datang...lebey lagi gang2 sekepala yg ada komitmen sendiri (kami paham...)..apapun, kalau korg nak tau, org yang tak sangka2 pun join..hehhehe...anas, isteri dan anaknya, Zara...comel betul anak dia...anak sulung...sekarang ni, isteri dia tgh pregnant boy plak...setahun sorang...hehehhe...apapun, mai nak tunjuk gmbr serta menu yang di order oleh puan Farah, selaku ketua yang handle majlis ini..terima kasih ,yah...hehehhehe...majlis ini bermula jam 6.30 dan berakhir jam 8...kita layan gambar ek...

anas , isteri dan zara..

ikan kerapu sweet sour..pergh...sedap ni..

daging masak merah..

tomyam ni sedap gak ..huhuhu..

telur dadar pun sodap time puasa ni..

kurma dan ulam timun serta sambal belacan..

kuih yg dibawa khas oleh an dan suami..tima kasih kepada penaja kuih..hehhehhe..

alahai, yanie amik aura tu...

wawa yang sanggup turun dari Penang...dan penolong pengarah JKR, suhaimi...

budak yang menjadi tumpuan, Zara...bakal dapat adik plak tahun depan...insyaallah..

nak amik gak gmbr dengan Zara...ni, nak nangis ke nak senyum ni??hehhehe..

anas, mengumpat aku la tu kat anak dia...hehhehe.....baik sungguh anak beranak ni...hehehhe...

dah...kami habis makan malam tu dgn Kos RM 330.40 dan dapat diskaun rm5.40 diberi elaun kepada bendahari kelas..hehehhe...aku lah tu....appaun, kita harap next year boleh buat lagi majlis sepeti ini..hehhehe...next year harap2 ramai lagi la dari hari ni..ok!!!see you next year guys!!
Continue Reading
 
.:: secreto ::. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea